Utusan Borneo (Sabah)

Tiong hargai sokongan, bantuan pengundi Iban, Melayu

-

BINTULU: Kemenangan ini adalah hasil sokongan kuat dan bantuan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) di kawasan luar bandar terutama daripada kaum Iban dan Melayu, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing semasa diminta mengulas mengenai kemenangan­nya, sekaligus kekal menyandang kerusi Parlimen P217 Bintulu malam Rabu.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada semua pengundi di P217 Bintulu dan pengundi yang menyokong kuat BN di kawasan luar bandar termasuk kepada agensi kerajaan terutama Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjalan dengan lancar dan keselamata­n terkawal,” ujarnya.

Mengulas mengenai kerusi Mas Gading dan Saratok yang dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tiong yang juga presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata, mereka tidak menjangka kehilangan kerusi itu tetapi beliau enggan mengulas mengenainy­a, sebaliknya lebih baik menunggu ‘post mortem’ semuanya.

“Kami tidak sangka (kehilangan dua kerusi itu) tunggu sehingga saya membuat post mortem baharu saya beritahu,” ujarnya semasa ditemui media di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Bintulu malam Rabu.

Tiong mencapai kemenangan untuk penggal kelima apabila meraih 27,076 undi dengan majoriti 7,022, sekali gus mengetepik­an dua pencabarny­a Chiew Chan Yew (DAP) yang mendapat 20,054 undi dan Chieng Lea Phing (STAR) mendapat 328 undi.

Peratusan yang keluar mengundi ialah 73.8 peratus dan undi ditolak 253.

Keputusan rasmi kemenangan Tiong diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bintulu Mataip Sayu pada jam 10.30 malam.

Jumlah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bintulu ialah 65,049 orang.

Konstituen­si Parlimen P217 Bintulu menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara penyandang­nya Tiong King Sing (BN), Chiew Chan Yew (DAP) dan Chieng Lea Phing daripada Parti Reformasi Sarawak (STAR).

Tiong merupakan penyandang empat penggal kerusi Parlimen Bintulu bermula sejak PRU10 (1999) dan terus kukuh memegang kerusi Bintulu dengan menewaskan lawannya pada PRU11 (2004), PRU12 (2008)dan PRU13 (2013).

 ??  ?? MATAIP (tengah) mengumumka­n Tiong (dua kiri) menang PRU14, sekaligus mengekalka­n kerusi Parlimen Bintulu yang disandangn­ya.
MATAIP (tengah) mengumumka­n Tiong (dua kiri) menang PRU14, sekaligus mengekalka­n kerusi Parlimen Bintulu yang disandangn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia