Utusan Borneo (Sabah)

Padang MDL dijadikan dataran, tempat parkir

RM5 juta peruntukan disalur untuk bangun kawasan itu dengan bina 40-50 lot parkir

-

LIMBANG: Kerajaan bakal membangunk­an padang Majlis Daerah Limbang (MDL) sebagai Dataran Bandar Limbang, termasuk membina kemudahan parkir sekali gus menangani masalah kekurangan parkir yang serius di bandar ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sejumlah RM5 juta peruntukan kerajaan disalur untuk membangunk­an kawasan itu dengan membina 40 hingga 50 lot parkir.

Jelas beliau, masalah parkir perlu diambil kira dan diatasi selain melaksanak­an sistem parkir berbayar.

“Kita sudah ada rang undang-undang untuk melaksanak­an parkir berbayar.

“MDL perlu membuat perancanga­n atau pertimbang­an bagi melaksana parkir berbayar di beberapa kawasan tertentu di bandar ini,” ujarnya ketika ditemui media selepas perasmian Tapak Niaga Night Street Market Majlis Daerah Limbang (MDL), baru-baru ini.

Turut hadir pemenang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kauselor Sufian Mohat, Setiausaha MDL Shariman Faizul Abdullah dan pengerusi pengelola Kaunselor Niti Rosli.

Adun Bukit Kota itu menambah, si s tempa r kir berbayar jika dilaksana akan mengelakka­n orang ramai parkir terlalu lama.

“Kita mahu sistem ini dilaksanak­an di beberapa kawasan tertentu di bandar ini dan ia terpulang kepada MDL,” ujarnya.

Pada masa sama katanya, kerajaan juga perlu membina parkir bertingkat di bandar ini pada masa akan datang.

“Kita sudah ada rang undangunda­ng untuk melaksanak­an parkir berbayar. MDL perlu membuat perancanga­n atau pertimbang­an bagi melaksana parkir berbayar di beberapa kawasan tertentu di bandar ini, ” DR ABDUL RAHMAN ISMAIL Menteri Muda Pertanian

Dr Abdul Rahman turut bersetuju agar nama Night Street Market diubah kepada nama yang lebih mesra Limbang, lantas mengambil contoh seperti nama Petaling Street di Semenanjun­g Malaysia, kepada Limbang Street dan sebagainya.

Mengulas mengenai tapak niaga Night Street Market katanya, ia dibina sebagai kemudahan para peniaga dan usahawan yang semakin bertambah.

Program tersebut bukti keprihatin­an kerajaan negeri di bawah peruntukan Program Tranformas­i Sosial Ekonomi untuk mentranfor­masi luar bandar.

Night Street Market katanya, satu ciri pasar malam yang ada di Malaysia, dengan memasukkan ciri keceriaan, pencahayaa­n dan merupakan satu lagi tarikan Limbang kepada pengunjung dari Brunei.

Kemudahan itu menempatka­n 108 peniaga yang mengusahak­an gerai makanan dan pakaian.

 ??  ?? DR ABDUL Rahman (tiga kiri) menandatan­gani plak Night Street Market sambil disaksikan Hasbi (kiri), Sufian, Paulus dan tetamu lain.
DR ABDUL Rahman (tiga kiri) menandatan­gani plak Night Street Market sambil disaksikan Hasbi (kiri), Sufian, Paulus dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia