Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Dr Mahathir sebagai PM diharap beri impak kepada perniagaan

-

KUCHING: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh diharap dapat memberi impak besar kepada sektor perniagaan di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Naib Presiden Dua, Persatuan Usahawan Sarawak (SEA) Alvin Sia berkata dengan kepakaran Dr Mahathir dalam bidang perniagaan ketika menjadi perdana menteri keempat, beliau mampu membawa sesuatu kepada sektor berkenaan.

“Selama ini Tun (Mahathir) memang terkenal sebagai pemimpin yang ‘celik’ perniagaan. Lebih-lebih lagi ketika beliau menyelamat­kan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan pada 1997/1998.

“Beliau telah memperkena­lkan sistem kawalan pertukaran termasuk kadar pertukaran tetap yang dilaksanak­an mulai September 1998 serta langkahnya menambat nilai ringgit, suatu yang harus diberi pujian,” katanya.

Menurut Sia dalam bidang perniagaan multinasio­nal yang diceburiny­a ketika ini bersama syarikat dari Korea Selatan, pengukuhan nilai mata wang (Ringgit Malaysia) sangat penting.

“Dalam perniagaan multinasio­nal nilai mata wang (Ringgit Malaysia) sangat penting. Apa yang berlaku ke atas nilai mata wang negara, akan menjelaska­n perniagaan secara keseluruha­nnya,” katanya.

Mengenai cadangan memansuhka­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) di bawah kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir, Sia berharap langkah itu akan membawa kesan positif kepada sektor perniagaan.

Bagaimanap­un perincian mengenai pemansuhan GST perlu dimaklumka­n kerana pemain perniagaan masih belum pasti apakah impak atau sistem cukai baharu yang akan digunakan.

Sia yang juga ahli Majlis Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) juga berharap sektor perniagaan akan berkembang pesat dibawa h kepimpinan Dr Mahathir dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh seawal enam bulan akan datang.

“Kita teruja untuk melihat apa yang bakal berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang atau paling singkat, enam bulan dari sekarang,” katanya.

Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ketujuh selepas Barisan Nasional (BN) gagal mempertaha­nkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Pakatan Harapan (PH), gabungan beberapa parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) membentuk kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia