Utusan Borneo (Sabah)

PH diminta menunaikan janji terkandung dalam manifesto

-

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang meminta Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji mereka sebagaiman­a yang terkandung dalam Manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muara Tuang itu menegaskan, jika PH gagal menunaikan janji, bermakna mereka telah menipu rakyat yang mengundi mereka.

“PH kena hapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) seperti mana yang digembar-gemburkan mereka.

“Jika mereka gagal berbuat demikian bermakna mereka telah menipu rakyat,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam laman sesawang Facebook, pada Khamis.

Selain GST, Idris memberitah­u bahawa P H turut menggarisk­an 45 insentif jika mereka dipilih dan menang pada PRU14 ini.

“Begitu juga dengan harga minyak,” katanya sambil menyifatka­n kemenangan PH disebabkan dasar bijak dan licik menaikkan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Malah tegasnya, kemenangan P H bukan sesuatu yang boleh dibanggaka­n kerana menggunaka­n taktik yang tidak beretika.

“Undi dibuat daripada perasaan panas (marah) bak api yang disiram dengan minyak, bukanlah kemenangan yang perlu dibanggaka­n,” katanya.

Antara 45 insentif PH jika berjaya membentuk kerajaan pada PRU14 ini, gaji penjawat awam, pesara dan bonus di tingkatkan, gaji penjawat swasta bermula minimum RM1,500, elaun kebajikan, OKU dan ibu tunggal ditingkatk­an untuk minimum permulaan RM800 hingga RM1,000.

Selain itu, bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwina­n pertama, lesen motosikal percuma, mansuh GST, stabilkan harga minyak dibawa h paras R M 1.50 seliter, bantuan pendidikan percuma dan bantuan pesakit buah pinggang dan pesakit jantung bagi rawatan berkos tinggi.

Malah, PH juga akan memberi subsidi air percuma dan bil elektrik, memansuhka­n PTPTN dan menikmati biasiswa serta pendidikan percuma, salur agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembanguna­n dan WiFi percuma berkelajua­n tinggi bandar dan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia