Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi di bandar, luar bandar peka dengan apa yang berlaku

-

KUCHING: Pengundi atau masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar kini sudah peka dengan apa yang berlaku sekali gus boleh menjadi indikasi kepada suara mereka.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Kampus Samarahan II Dr Nadrawina Isnin berkata kini mereka sudah tahu menilai pemimpin yang dapat mereka harapkan.

“Mereka sudah tahu menilai pemimpin yang boleh mereka harapkan.

“Maka pengundi luar bandar khasnya tidak boleh diambil mudah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, pada Khamis.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksika­n Barisan Nasional (BN) Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi.

Pada kali ini, BN gagal mempertaha­nkan enam daripada 25 kerusi disandang apabila Parlimen Mas Gading dirampas oleh DAP, manakala Puncak Borneo, Saratok dan Selangau jatuh ke tangan PKR, yang juga merupakan kerusi luar bandar.

Dua lagi Parlimen luar bandar, Julau dan Lubok Antu masing-masing dirampas oleh calon Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu, BN Sarawak mencatat kemenangan bergaya apabila memenangi 25 kerusi manakala pakatan pembangkan­g PKR mendapat enam kerusi iaitu lima DAP dan satu PKR.

Menurut Nadrawina, kemenangan BN Sarawak sememangny­a sudah dijangka tetapi sekumpulan daripada penyelidik menjangkak­an ia kemenangan tipis.

“Jangkaan awal malam sebelum tarikh mengundi BN Sarawak memenangi 22 daripada 31 kerusi tetapi realitinya BN Sarawak menang 19 daripada 31 kerusi,” ujarnya.

Beliau berpendapa­t bahawa faktor pengaruh media sosial memainkan peranan kerana memberikan ruang kepada sesiapa sahaja untuk mmendapatk­an berita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia