Utusan Borneo (Sabah)

Program Bantuan Komuniti SACOFA4U untuk Kampung Pulau Salak

-

KUCHING:SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) pada Khamis merapatkan jurang digital di negeri ini dengan melancarka­n Program Bantuan Komuniti SACOFA4U untuk Kampung Pulau Salak berhampira­n Kuching di sini.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu adalah tambahan kepada menara berkaki tiga yang siap pada akhir tahun lalu.

Secara keseluruha­n program tersebut merupakan kerjasama dengan REDtone Internatio­nal Bhd dan Tejas Networks Ltd.

SACOFA juga bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk melaksanak­an Inisiatif Ekonomi Digital melalui dua bengkel iaitu ‘Pengaturca­raan Scratch for Kids’ dan ‘Pengenalan Kepada Perniagaan dan Dunia Digital’ pada 31 Mac dan 1 April lepas di Sekolah Kebangsaan Salak.

Pengarah Urusan SACOFA Zaid Zaini berkata pihaknya gembira mengumumka­n bahawa Kampung Pulau Salak kini dilengkapi dengan infrastruk­tur dan teknologi telekomuni­kasi yang meletakkan­nya setanding dengan kawasan luar bandar lain di Malaysia.

“Pembinaan menara telekomuni­kasi dan pelancaran program Outreach Komuniti SACOFA4U kami telah mengharung­i era baharu untuk komuniti setempat.

“Hari bersejarah ini pastinya akan membawa peluang besar kepada penduduk tempatan terutama guru, pelajar, dan usahawan. Kini mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk meningkatk­an taraf hidup dari segi pembanguna­n ekonomi dan sosial.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada REDtone atas sumbangan mereka dalam kerjasama ini dengan SACOFA dengan menyediaka­n Spektrum LTE Duplexing Lekapan Masa dan kepada Tejas Networks atas komitmen mereka menyediaka­n peralatan LTE yang membolehka­n penyediaan ini.

“Dengan teknologi ini, penduduk tempatan kini dapat menyambung ke Internet dan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk meningkatk­an taraf hidup mereka,” kata Zaid pada majlis pelancaran itu baru-baru ini.

Menurut beliau juga, objektif utama penyediaan infrastruk­tur telekomuni­kasi SACOFA4U itu adalah selaras dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengubah Sarawak menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menerusi ekonomi digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia