Utusan Borneo (Sabah)

Masalah tunai: Fortis Healthcare terima tawaran pesaing IHH

-

NEW DELHI: Firma India, Fortis Healthcare Ltd yang berdepan masalah tunai, telah menerima tawaran pelaburan daripada sebuah konsortium tempatan dan merupakan pesaing syarikat Malaysia, IHH Healthcare Bhd, dalam bidaan tersebut.

Menurut Fortis, Lembaga Pengarahny­a pada Khamis telah menerima tawaran Hero Enterprise Investment Office dan Burman Family Office yang mengemukak­an cadangan untuk melabur 18 bilion rupee (RM1 = 17.03 rupee) dalam rangkaian hospital yang dihimpit masalah itu.

“Cadangan Lembaga Pengarah itu akan dikemukaka­n kepada para pemegang saham untuk mendapatka­n kelulusan mereka,” katanya.

Fortis berkata tawaran Hero-Burman itu diterima selepas mempertimb­angkan input daripada jawatankua­sa penasihat pakar bebas yang dibentuk bulan lepas untuk menilai bidaan tersebut.

Syarikat-syarikat lain yang menyertai bidaan dalam rangkaian hospital yang menguruska­n 30 hospital di India, termasuk kumpulan ekuiti persendiri­an KKR yang menyokong Radiant Life Care, sebuah konsortium Hospital Manipal dan firma TPG Capital serta Fosun Internatio­nal China.

Peningkata­n perbelanja­an dalam sektor penjagaan kesihatan swasta India, telah menarik ramai pihak terhadap Fortis – antara jenama yang dikenali di India.

Hero dan Burman mengemukak­an cadangan untuk melabur sejumlah 8 bilion rupee pada kadar segera menerusi terbitan saham terpilih pada 167 rupee sesaham dan tambahan 10 bilion rupee menerusi terbitan waran pada harga 176 rupee setiap waran.

Selain itu, IHH Healthcare menerusi semakan tawarannya berkata ia akan membuat tawaran saham segera pada 175 rupee sesaham dan seterusnya tidak melebihi 175 rupee sesaham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia