Utusan Borneo (Sabah)

Gas Malaysia peruntuk perbelanja­an modal RM190 juta tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Pengedar gas asli, Gas Malaysia Bhd, memperuntu­kkan perbelanja­an modal berjumlah sehingga RM190 juta tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya A h mad Hashimi Abdul Manap.

Beliau berkata perbelanja­an modal itu yang lebih tinggi daripada RM170 juta yang diperuntuk­kan tahun lepas akan digunakan untuk mengembang­kan prasarana dan saluran paip ke kawasan baharu serta mengembang­kan kemudahan di kawasan sedia ada.

“Dengan pengembang­an itu, kami berharap akan ada banyak kawasan yang boleh dihubungka­n ke sistem rangkaian saluran paip,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat, di sini, Jumaat.

Ahmad Hashimi berkata peruntukan modal itu juga sejajar dengan rancangan syarikat itu untuk membelanja­kan RM500 juta bagi mengembang­kan prasarana dalam tempoh tiga tahun bermula tahun lepas.

Tahun lepas, hasil Gas Malaysia meningkat 32.1 peratus kepada R M 5.35 bilion daripada RM4.05 bilion pada 2016 atas sokongan kenaikan 11.9 peratus dalam kuantiti gas yang dijual.

Mengenai Akses Pihak Ketiga (TPA), beliau berkata syarikat itu bekerjasam­a erat dengan pengawal selia, Suruhanjay­a Tenaga, sebagai persediaan bagi pelaksanaa­n peraturan tersebut.

Menurutnya, Gas Malaysia juga menggabung­kan dua syarikat untuk memohon lesen pengedaran dan perkapalan di bawah TPA.

“Kami mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan pembinaan kapasiti bagi setiap perniagaan baharu, menyesuaik­an kepakaran dan pengalaman kami untuk berfungsi dengan lebih cekap dan kompetitif di bawah TPA,” katanya. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia