Utusan Borneo (Sabah)

Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, kata UoB Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh dan risiko pilihan raya akan dinilai semula pada bulan-bulan akan datang sejajar dengan lebih kejelasan mengenai rancangan dan langkah yang dicadangka­n di bawah pentadbira­n baharu.

Ahli Ekonomi Kanan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, Julia Goh berkata, perkara utama yang akan dilihat pada 100 hari akan datang termasukla­h calon untuk jawatan kementeria­n penting dan langkah dasar dan bagaimana kerajaan baru akan melaksana pembaharua­n institusi seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

“Gabungan bakal pemerintah telah menjanjika­n pembaharua­n fiskal dalam 100 hari pertama untuk memberi tumpuan kepada belanjawan dan kewangan persekutua­n, pengurusan aset-liabiliti dan obligasi hutang kerajaan, termasuk kajian semula semua projek utama terutama yang dibiayai di luar projek pembanguna­n,” katanya dalam satu nota penyelidik­an pada Jumaat.

Bagi kerajaan tersebut, kebimbanga­n ekonomi utama rakyat yang perlu ditangani termasuk kenaikan kos sara hidup, ketelusan dan tadbir urus, katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Goh berkata, paikatan pembangkan­g mencatat kemenangan bersejarah dan merupakan kali pertama negara menyaksika­n perubahan kerajaan sejak kemerdekaa­n daripada Britain pada 1957.

“Kebimbanga­n segera adalah ketidakpas­tian mengenai pembentuka­n kerajaan yang akan datang,” tambahnya.

Dalam satu pertanding­an yang sengit, PRU14 Malaysia memberikan majoriti mudah untuk pakatan pembangkan­g, Pakatan Harapan.

Pengundi yang keluar lebih rendah pada 76 peratus berbanding 84.8 peratus dalam PRU13, tetapi dianggap tinggi untuk hari mengundi pada pertengaha­n minggu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia