Utusan Borneo (Sabah)

‘Berpisah Tanpa Rela’ single terbaharu daripada Lan Solo

-

PENYANYI Lan Solo telah melancarka­n single terbarunya yang berjudul ‘Berpisah Tanpa Rela’ baru-baru ini di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

Menurut Lan Solo atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, single tersebut dibuat sejurus sahaja berakhir Gegar Vaganza (GV) musim keempat dan dicipta mengikut cita rasa beliau sendiri.

“Single ini saya cipta selepas habis GV4 yang memakan masa sebulan kerana ianya dibuat sesuai pada jiwa saya sendiri dan saya tidak nafikan agak kekok kerana kali pertama bergerak secara solo,” kata Lan ketika ditemui pada sidang media pelancaran single beliau.

Lan tidak menyangkal orang pasti akan mengaitkan lagu itu dengan kisah yang menimpa hidupnya sedangkan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri itu mengisahka­n tentang kisah cinta.

“Pada awalnya saya ingin gambarkan kesedihan kisah cinta yang akhirnya mereka terpaksa berpisah.

“Tetapi bila orang baca bait-bait lirik orang cuba kaitkan dengan kisah yang terjadi kepada saya,” katanya.

MENJIWAI LAGU

“Bila saya diam, menyendiri dan berfikir dalam tempoh untuk siapkan lagu ini saya terpaksa mengaku saya menjiwai lagu ini daripada hati saya sendiri dan saya rasa itu yang jiwa saya katakan,” tambah Lan.

Selain bidang nyanyian, Lan juga melibatkan diri dalam lakonan yang sebelum ini juga pernah beliau ceburi.

Antara drama lakonan beliau ialah ‘Pengantin Musim Salju’ dan ‘Cekelat Tak Semanis Honey’.

Sidang media tersebut juga dimeriahka­n dengan persembaha­n Lan dengan single terbaharun­ya ‘Berpisah Tanpa Rela’.

Single ‘Berpisah Tanpa Rela’ ini telah berada di pasaran digital sejak 20 April dan projek ini adalah usaha sama antara Music Valley dan Warner Music (M) Sdn Bhd.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia