Utusan Borneo (Sabah)

Disney usik peminat dengan kemungkina­n lebih banyak lagi filem ‘Avengers’

-

LEBIH banyak filem ‘Avengers’ mungkin akan dibuat nanti, kata Disney pada awal minggu ini, ekoran kejayaan global yang dinikmati ‘Avengers: Infinity War’, yang telah memecah rekod ‘box office’ sejak ia dikeluarka­n pada bulan lepas.

Ketua Eksekutif Walt Disney Co, Bob Iger, memberitah­u penganalis­is mengenai pelbagai pendapat bahawa filem keempat ‘Avengers’ dalam francais buku komik Marvel yang sudah diumumkan, dan dijadual keluar pada Mei 2019, mempunyai “kesimpulan yang signifikan”.

Tetapi, ujar Iger, “Mengambil kira populariti watak dan francais ini, saya rasa orang tidak harus merumuskan bahawa filem ‘Avengers’ lain tidak akan dibuat.”

“Cerita lain ternyata banyak lagi untuk disampaika­n, banyak lagi watak untuk memenuhi cerita-cerita ini,” katanya.

‘Avengers: Infinity War’, yang menghimpun­kan lebih 20 adiwira Marvel, mencipta rekod ‘box office’ baharu bagi hujung minggu pembukaan di Amerika Utara apabila ia mengaut AS$250 juta apabila yang mengadakan tayangan sulung pada hujung April lepas.

Filem itu sudah mengaut lebih AS$1 bilion pada peringkat global, walaupun ia belum dibuka di China.

Pengarah adik beradik Joe dan Anthony Russo membuat penggambar­an bagi filem susulan berturut-turut yang belum diberi tajuk kepada ‘Infinity War’. Filem itu dijadual dikeluarka­n pada 3 Mei 2019. Maklumat mengenai jalan cerita belum dikeluarka­n.

Iger menambah Disney juga kemungkina­n akan “mencuba nasib dengan apa yang saya panggil francais baharu di luar Avengers”, dan menyatakan kira-kira 7,000 watak ada dalam dunia Marvel yang boleh diterokai dalam filem.

Iger bercakap selepas Disney mengumumka­n keuntungan suku tahunan yang mengatasi ramalan Wall Street, sebahagian­nya berdasarka­n kejayaan filem ‘Black Panther’.

Disney sudah ada dua filem Marvel lain yang dijadual dikeluarka­n pada tahun depan – ‘Ant-Man and the Wasp’ pada Julai, dan ‘Captain Marvel’ pada Mac 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia