Lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno umum keluar parti
Lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno keluar parti
KOTA KINABALU: Lima lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno di negeri ini mengumumkan untuk keluar parti, seterusnya menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), di sini, pada Sabtu.
Pengisytiharan itu diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yang sudah mengumumkan keluar parti lebih awal pada Jumaat di kediaman rasmi Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut Jamawi, keputusannya keluar Umno dan menyertai Warisan turut mendapat sokongan daripada lima Ketua Pemuda Umno terbabit.
Dimaklumkan, mereka juga meletakkan jawatan serta-merta dan menyertai parti berkenaan.
“Bagi saya, manifestasi ini membuktikan bahawa kami memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya khususnya untuk kestabilan politik yang berpanjangan di Sabah.
“Kami tidak mahu situasi politik terus berada tidak stabil kerana rakyat masih menunggu supaya kelangsungan politik berjalan lancar dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat terus dipercepatkan,” katanya pada sidang media, di sini pada Sabtu.
Selain itu beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom berkata, kesemua mereka juga tidak menetapkan sebarang syarat untuk masuk Warisan dan hanya mengatakan mahu menjadi
“Kami tidak mahu situasi politik terus berada tidak stabil kerana rakyat masih menunggu supaya kelangsungan politik berjalan lancar dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat terus dipercepatkan, ” JAMAWI JAAFAR
Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia
sebagai pengikut dan penyokong parti berkenaan.
Lima Ketua Pemuda Umno yang dimaksudkan adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Tawau Ariffin Kassim, bahagian Silam Halim Gulam Sidek, bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri, bahagian Sepanggar Ramlan Awal, dan bahagian Pensiangan Jehan Osman Ongkomog.