Utusan Borneo (Sabah)

Empat lagi Adun BN zahir sokongan kepada Warisan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) menzahirka­n sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mereka termasuk Adun Beluran Datuk James Ratib, Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, Adun Kuamut Datuk Masiung Banah dan Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Kesemua mereka dilihat memasuki rumah kediaman Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada petang Ahad.

Shafie dalam pada itu menjelaska­n dua Adun Umno itu bukannya menyertai Warisan sebaliknya menzahirka­n sokongan kepada parti itu.

“Manakala dua Adun Upko itu pula kita sudahpun mengadakan kerjasama dengan parti itu. Dua Adun Umno itu saya akan mempertimb­angkan keadaan, mereka mahu menyokong sahaja tetapi untuk menyertai parti... ini kita akan lihat bagaimana nanti.

“Mereka hanya datang berjumpa dengan saya, kalau orang mahu jumpa dengan kita, tak kan kita tak mahu jumpa...YB kan.

“Macam ahli Upko mereka bukan Warisan. Memang kita mempunyai kerjasama dengan Upko,” katanya ketika sidang media di kediamanny­a di sini.

Shafie turut menjelaska­n ahli dan Adun Warisan kekal kukuh tanpa sebarang perubahan.

Katanya, kini Tan Sri Musa Aman tidak lagi boleh menyatakan beliau adalah ketua menteri kerana sebahagian besar Adunnya sudah hilang keyakinan dengannya.

Turut kelihatan di kediaman Shafie adalah Ketua Wanita Umno Negeri Datuk Armani Mahiruddin, bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Haji Nawawi.

 ??  ?? LIMUS
LIMUS
 ??  ?? JAMES
JAMES
 ??  ?? BOLKIAH
BOLKIAH
 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG
 ??  ?? SHAFIE (kanan) ketika sidang media.
SHAFIE (kanan) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia