Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet negeri diumum dalam masa terdekat

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal akan mengumumka­n barisan menteri Kabinet Sabah dalam tempoh terdekat.

Katanya, kini pihaknya dalam proses perbincang­an terakhir selain akan melibatkan rakan-rakan kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Berilah saya sedikit masa lagi untuk membincang­kan perkara ini, dalam masa dua tiga hari ini saya akan umumkan.

“Kabinet negeri kali ini juga akan mewujudkan dua lagi kementeria­n baharu bagi memantapka­n lagi pentadbira­n Sabah,” katanya ketika ditemui pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa FCAS Sabah ke-5 2018, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau juga berasa syukur atas pelantikan­nya sebagai Ketua Menteri baharu dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Shafie turut akan memastikan bahawa masalah penganggur­an di Sabah dapat diselesaik­an.

“Saya yakin banyak lagi tanggungja­wab yang akan mengambil masa... ia tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat tetapi perlu dirancang dengan baik. Apa yang penting kepada kita ialah kesejahter­aan rakyat di peringkat akar umbi.

“Peluang pekerjaan perlu diberikan kepada mereka supaya besok nanti ada beras di rumah mereka,” katanya.

Hadir sama merasmikan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri Dr TC Goh serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia