Utusan Borneo (Sabah)

Serangan bom ke atas gereja kejutkan Indonesia

Lelaki ditembak mati polis selepas seorang maut ditikam, empat lagi cedera

-

PARIS: Seorang lelaki bersenjata­kan pisau ditembak mati anggota polis di tengah Paris lewat kelmarin selepas membunuh seorang mangsa dan mencederak­an empat orang lagi, menimbulka­n siasatan keganasan dan panik di jalan raya bandar utama Perancis.

Serangan berlaku berhampira­n rumah opera utama di bandar ini di kawasan yang penuh dengan bar, restoran dan teater yang rancak pada malam hujung minggu.

Beberapa saksi menyatakan keadaan panik ketika penduduk Paris menyedari satu lagi serangan keganasan berlaku di sebuah negara yang telah berdepan dengan rangkaian serangan jihad sepanjang tiga tahun lepas yang mengorbank­an lebih 245 orang.

“Saya sedang mengambil pesanan dan melihat seorang wanita muda cuba memasuki restoran dalam keadaan panik,” kata Jonathan, seorang pelayan lelaki di sebuah restoran Korea.

Wanita tersebut mengalami pendarahan dan penyerang kelihatan mengekorin­ya.

Beliau menyatakan seorang pemuda cuba menghalang penyerang yang kemudian melarikan diri.

“Penyerang memasuki sebatang lebuh beli-belah, saya melihat dia memegang sebilah pisau.

“Dia kelihatan tidak waras,” kata beliau.

Milan, 19, menyatakan beliau melihat beberapa orang dalam keadaan tegang, termasuk seorang wanita dengan kecederaan pada bahagian leher dan kakinya.

“Anggota bomba memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

“Saya mendengar dua tiga das tembakan dan seorang anggota polis memberitah­u saya bahawa lelaki itu telah berjaya ditewaskan,” katanya lanjut.

Dalam kenyataan Twitter Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan: “Perancis sekali lagi membayar nilai pertumpaha­n darah.”

Pihak pendakwa raya memetik beberapa saksi sebagai menyatakan lelaki itu melaungkan ‘Allahu akbar’ (Allah Maha Besar) ketika melakukan amukan, dan menambah bahawa satu siasatan keganasan telah dilancarka­n.

Kumpulan Islamic State (IS) telah mengaku bertanggun­gjawab, menurut kumpulan pemerhati SITE, namun tidak memberikan bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu.

“Pelaku dalam operasi tikaman di bandar Paris adalah seorang anggota tentera Islamic State dan operasi telah dilakukan sebagai respons kepada permintaan untuk menyasarka­n negara pakatan,” sumber keselamata­n memberitah­u agensi berita rasmi IS Amaq, menurut SITE.

Dua daripada mangsa yang tercedera didapati parah dan segera dikejarkan ke hospital, namun Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb kemudian memberitah­u wartawan semua mangsa tidak berada dalam keadaan bahaya.

“Saya melihat mangsa yang mengalami kecederaan paling serius kini bertambah pulih, dia telah diselamatk­an,” menurut beliau.

Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe menyatakan pihak polis berada di tempat kejadian dalam tempoh lima minit selepas serangan dan kira-kira sembilan minit kemudian penyerang telah terkorban, tambah beliau lagi.

“Kepantasan respons dengan jelasnya berjaya mengelakka­n jumlah kematian yang lebih besar,” kata beliau.

Seorang sumber polis memberitah­u, seorang anggota polis cuba menghalang penyerang dengan senjata Taser namun apabila ia gagal, seorang rakan setugasnya menembak mati lelaki tersebut.

Serangan berlaku di bahagian kedua Rue Monsigny di kawasan yang terletak antara rumah opera utama dan muzium Louvre, dua tarikan utama pelancong.

Satu kawasan luas disekat di mana kenderaan polis, bomba dan penyelamat berkumpul tatkala pelancong dan penduduk yang terkejut melihat dari belakang sekatan keselamata­n.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Maxine menyatakan, keadaan panik tersebar ketika maklumat dikeluarka­n bahawa satu serangan telah berlaku.

“Kami melihat seseorang muncul keluar dari bangunan yang menyatakan beliau telah melihat penyerang membunuh seseorang, maka orang lain berlindung di dalam bar,” jelas beliau.

Perancis telah mengalami siri serangan utama Islamis termasuk pembunuhan beramai-ramai di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo, serangan pada November 2015 yang mengorbank­an 130 orang di Paris dan serangan trak Hari Bastille 2016 di Nice yang membunuh lebih 80 orang.

Satu perintah darurat selepas serangan Paris 2015 ditarik balik pada Oktober ketika kerajaan haluan tengah Macron mengemukak­an undangunda­ng baharu meningkatk­an kuasa pasukan keselamata­n.

Pemimpin haluan kanan Perancis Marine Le Pen menyeru langkah keselamata­n lebih ketat selepas serangan kelmarin. — AFP

“Pihak polis berada di tempat kejadian dalam tempoh lima minit selepas serangan dan kira-kira sembilan minit kemudian penyerang telah terkorban, tambah beliau lagi.” EDOUARD PHILIPPE Perdana Menteri Perancis

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEORANG lelaki yang cedera ditikam terbaring di atas jalan di Rue Marsollier, Paris kelmarin dalam gambar yang diperolehi daripada media sosial. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki yang cedera ditikam terbaring di atas jalan di Rue Marsollier, Paris kelmarin dalam gambar yang diperolehi daripada media sosial. — Gambar Reuters
 ??  ?? SEORANG pegawai forensik (kanan) dan seorang anggota polis menjalanka­n siasatan di sekeliling tempat kejadian di jalan Saint Augustin di Paris, kelmarin. — Gambar AFP
SEORANG pegawai forensik (kanan) dan seorang anggota polis menjalanka­n siasatan di sekeliling tempat kejadian di jalan Saint Augustin di Paris, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia