Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu adakan sidang DUN selesaikan pertindiha­n kuasa KM

Pelantikan Shafie ikut peraturan dan perlembaga­an

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal berkata tiada keperluan mengadakan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyelesai­kan masalah pertindiha­n kuasa antara beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman.

Katanya, pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri sudah mengikut segala peraturan serta pelembagaa­n negeri dan mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

“Proses ini sudah mengikut tatatertib yang ada iaitu selepas menghantar surat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) yang mengandung­i beberapa perakuan dengan cop majistret dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dipanggil TYT tanpa kehadiran saya.

“Mereka (Adun) sudah menandatan­gani surat dan bersetuju tentang pembentuka­n kerajaan Warisan, Setelah itu atas keyakinan TYT, beliau terus memanggil Tan Sri Musa Aman untuk meletak jawatan,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini, malam Sabtu.

Ditanya mengenai keengganan pengerusi BN Sabah itu meletak jawatan, Shafie berkata Musa tidak akan mampu bertahan lama ekoran sudah kehilangan majoriti sokongan untuk meneruskan khidmatnya selaku Ketua Menteri.

Katanya, ia cukup jelas terkandung dalam perlembaga­an yang mengatakan bahawa sekiranya majoriti tidak mencukupi, Ketua Menteri itu perlu meletak jawatan atau bubar Dewan dengan persetujua­n TYT.

“Ini bukanlah satu perkara baharu kerana di Perak pun serupa dalam kes Nizar Vs Zamri.

“Kemudian, Nizar angkat sumpah dan selepas itu didapati lepas sokongan majoriti tidak mencukupi, lalu perkhidmat­an dia ditamatkan oleh Sultan Perak,” katanya.

Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengangkat sumpah di Istana Negeri pada jam 9.15 malam Sabtu setelah memiliki majoriti 35 kerusi DUN.

“Proses ini sudah mengikut tatatertib yang ada iaitu selepas menghantar surat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) yang mengandung­i beberapa perakuan dengan cop majistret dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dipanggil TYT tanpa ” kehadiran saya. DATUK SERI SHAFIE APDAL Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia