Utusan Borneo (Sabah)

BN Johor anggap tindakan Adun lompat parti tidak bermoral

-

JOHOR BAHRU:Barisan Nasional(BN) Johor menyifatka­n tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengumumka­n keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai tidak bermoral.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun tindakan tersebut merupakan satu kebebasan dan tidak patut dihalang, namun BN beranggapa­n tindakan itu tidak seharusnya dilakukan atas beberapa faktor.

Pertama, amalan demokrasi Malaysia semakin matang dan subur sejak beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu menyaksika­n kita beralih ke arah sistem dua parti yang dilihat dapat menawarkan satu proses semak dan imbang yang tegas, konstrukti­f dan berkesan kepada mana-mana parti yang memerintah, kata beliau dalam kenyataan, pada Ahad.

“Tindakan ini adalah sesuatu yang terbelakan­g lebih-lebih lagi bila kita sedar mana-mana parti yang kalah dalam PRU sangat diharapkan menjadi faktor timbal balik atau melakukan semakan, bagi memastikan parti yang memenangi pilihan raya dapat berfungsi dengan baik dan mengotakan janji mereka dan ini adalah satu bentuk khidmat kepada bangsa dan negara.

“Kedua, ia adalah satu tindakan yang tidak menyantuni prinsip dan jangkaan demokrasi kerana pihak lawan seharusnya menawarkan ideologi, dasar serta akujanji yang berlainan maka, ini dianggap sebagai pengabaian prinsip.

“Ketiga, tindakan ini adalah satu pengkhiana­tan kepada harapan, usaha keras dan kepercayaa­n semua pihak,” katanya

Pada Sabtu, tiga Adun BN dari parti Umno mengumumka­n keluar parti dan menyertai PPBM sekali gus menjadikan jumlah kerusi DUN Pakatan Harapan kepada 39 kerusi.

Tiga Adun yang bertindak keluar Umno dan BN dan menyertai PPBM ialah Adun Sedili Rosleli Jahari, Adun Endau Rasman Ithnain dan Adun Johor Lama Alwiyah Talib.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia