Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan keberkesan­an pentadbira­n

Urus tadbir negeri diberi keutamaan

- Oleh YAP SIONG HAN & SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Urus tadbir negeri Sabah akan dijadikan fokus utama dengan melaksanak­an beberapa perubahan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perubahan itu bertujuan memastikan keberkesan­an pentadbira­n negeri lancar.

“Perkara yang penting kepada kita adalah bukan memegang jawatan, tetapi rakyat yang menunggu perkhidmat­an kita.

“Tiada guna kita dilantik menjadi ketua menteri atau menteri sekiranya peningkata­n dari segi keberkesan­an perkhidmat­an tidak mencukupi,” katanya pada sidang media di kediamanny­a di sini selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15, malam Sabtu.

Shafie berkata, pihaknya juga akan melaksanak­an segala perkara yang terkandung dalam manifesto Warisan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), termasukla­h janji tambahan.

Katanya, ia termasukla­h memperkena­lkan beberapa pendekatan baharu yang lebih memfokuska­n kepada urus tadbir 61 agensi berkanun.

“Itulah yang saya nak fokus supaya mereka (wakil rakyat) menumpukan masa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan berkhidmat untuk agensi berkanun.

“Sekiranya agensi itu dapat diurus tadbir dengan baik, saya yakin ia boleh menambah baik dari segi peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita,” katanya.

“Perkara yang penting kepada kita adalah bukan memegang jawatan, tetapi rakyat yang menunggu perkhidmat­an kita. Tiada guna kita dilantik menjadi ketua menteri atau menteri sekiranya peningkata­n dari segi keberkesan­an perkhidmat­an tidak ” mencukup. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE (tengah) ketika sidang media.
SHAFIE (tengah) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia