Utusan Borneo (Sabah)

Tempatkan helikopter tempur di Esszone

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Pertahanan diharap mengambil berat keperluan menempatka­n helikopter tempuruntu­kmemperkas­akan pertahanan negara khasnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Keperluan itu dilihat perlu diberi keutamaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam usaha menangani kes penceroboh­an seperti aktiviti kumpulan culik dan tebusan (KFR).

Naib Pengerusi BIMPEAGA Malaysia Business Council (BEBC) merangkap Pengerusi BEBC Tawau Ahdi Dodds berkata gesaan itu sudah lama disuarakan oleh warga Esszone.

“Sebelum ini, kita pernah mengusulka­n kepada Kerajaan Persekutua­n, namun masih belum ada tanda-tanda logistik ketenteraa­n helikopter tempur akan diletakkan di Esszone.

“Kita tahu Perdana Menteri berminat mahu beri keutamaan pesawat tanpa juruterban­g Unmanned Aerial Vehicle (UAV) tetapi jangan abaikan helikopter tempur,” katanya.

Ahdie berkata pelantikan Mohamad sebagai pentadbir baharu Kementeria­n Pertahanan juga wajar disambut positif warga Malaysia, termasuk penduduk di wilayah Esszone.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk mempertika­ikan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Mohamad Menteri Pertahanan baharu, sebaliknya rakyat perlu memberinya peluang.

Namun menteri itu diharap melihat situasi di sempadan kerana ‘ada banyak tekanan’ yang menjejaska­n aktiviti ekonomi antara Sabah dengan wilayah di Indonesia dan Filipina.

Pengerusi Perhubunga­n Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (Budiman) Ismail Awang juga berharap kementeria­n terus memperkasa­kan logistik ketenteraa­n di Esszone.

“Lihat tuntutan situasi semasa supaya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan di sempadan,” katanya.

Beliau berkata pemasangan radar yang canggih juga juga perlu untuk membolehka­n langkah kawalan dan pemantauan perairan negara di Esszone dapat diperhebat­kan.

Beliau percaya sekiranya kemudahan itu dinaiktara­f, usaha memantau pergerakan keluar-masuk yang mencurigak­an dapat dikesan lebih awal untuk tindakan cepat Esscom.

“Kita juga berharap supaya Kem Tentera Kalabakan dinaiktara­f sepenuhnya dari segi peralatan, bangunan serta menambah bilangan tentera yang bertugas di kawasan terbabit.

“Kalabakan lokasi tumpuan ‘jalan tikus’ darat, laut dan sungai, justeru wujud keperluan supaya kementeria­n melihatnya sebagai kawasan yang perlu diberi tumpuan,” katanya.

Menyentuh mengenai Perintah Berkurung pula, beliau berharap langkah penguatkua­saan larangan itu dapat diteruskan kerana terbukti keberkesan­annya semenjak dikuatkuas­akan.

Pengerusi Gabungan Belia Bersatu Daerah Tawau Andi Muhd Suryady Bandy pula mahu melihat pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap isu keselamata­n di Esszone.

“Secara peribadi, kita berharap segala usaha murni kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) dapat diteruskan oleh kerajaan baharu pimpinan Tun Mahathir,” katanya.

Beliau juga berharap Menteri Pertahanan tidak mengambil mudah isu keselamata­n kerana menjadi tanggungja­wabnya untuk memastikan sempadan negara sentiasa terjaga.

Beliau berkata jika selama ini PH sentiasa mempertika­ikan pendekatan BN mewujudkan Esscom dan Esszone, kini Kerajaan PH perlu membuktika­n kritikan mereka selama ini.

“Kerajaan PH perlu mengambil langkah berkesan untuk menstabilk­an wilayah Esszone, sekurangku­rangnya mencegah ancaman aktiviti Daesh, Abu Sayyaf dan KFR,” katanya.

Andi berkata walaupun latar belakang ilmu ketenteraa­n Menteri Pertahanan yang baharu ‘tidak jelas’, namun Mohamad diharap mampu menggalas tugasnya dengan baik.

Pada masa sama, beliau berharap arahan Perintah Berkurung di Tawau dapat dikaji semula pelaksanaa­nnya dan melihatnya dari aspek kepentinga­n aktiviti ekonomi.

“Ekonomi di Tawau bergantung kepada pelabur dan peniaga dari Indonesia, justeru kita harap arahan itu dapat dihentikan di daerah ini dan barter-trade dibuka semula,” katanya.

 ??  ?? AHDIE
AHDIE
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? SURYADY
SURYADY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia