Utusan Borneo (Sabah)

BN akan jadi pembangkan­g berwibawa: Mohamad

-

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparka­n fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya akan menjadi pembangkan­g yang berwibawa dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

PengerusiB­NNegeriSem­bilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini bagi memastikan rakyat terus mendapat kebaikan daripada dasar-dasar yang dilaksanak­an oleh pentadbira­n baharu kerajaan negeri.

Justeru, katanya, mereka akan menjadi pembangkan­g yang cekap untuk semak dan imbang demi kepentinga­n dan kebaikan rakyat di negeri itu.

”...itulah fungsi saya dan boleh jadi saya jadi Ketua Pembangkan­g dalam DUN Negeri Sembilan (tetapi) itu terpulang kepada rakan-rakan dalam BN,” kata bekas menteri besar itu dalam sidang media khas, di sini Ahad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, PH membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 20 kerusi daripada 36 kerusi DUN manakala BN memperoleh 16 kerusi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kemenangan PH dan pelantikan­nya semula sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, berkata parti berusia 72 tahun itu memerlukan pembaharua­n bagi mengembali­kan sokongan rakyat kepada parti itu.

“Kita akan membina semula UMNO dan BN...jangan patah semangat supaya hasrat untuk kita berjuang dan hasrat untuk kita berbakti kepada masyarakat akan dapat kita hidupkan kembali.

“Walaupun saya jatuh, tapi saya belum lagi tersingkir kerana kita bukan berjuang atas kepentinga­n peribadi tapi kita nak pastikan yang dapat manfaat adalah rakyat,” katanya.

Mohamad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau selama empat penggal sejak 2004, secara peribadiny­a berpandang­an bahawa formula agihan kerusi yang diamalkan dalam BN selama ini tidak lagi sesuai diguna pakai.

“Kits sepatutnya mengkaji sistem agihan kerusi kerana banyak orang tak kerja tetapi bila nak pilihan raya mereka menuntut itu kerusi dia… setelah kalah (PRU) 2008, 2013, tak buat apa pun, tetapi tiga empat bulan nak pilihan raya barulah muncul ‘pelakon-pelakon’ kata ini kerusi dia,” katanya.

Mengulas mengenai terdapat anggota UMNO yang mula berpaling tadah, Mohamad, yang menyifatka­n mereka sebagai ‘tikus’, berkata ia adalah baik kepada parti yang sekali gus dapat dibersihka­n daripada anggota yang tidak setia.

“Ini adalah proses pembersiha­n dalaman UMNO. Walaupun kita akan hilang banyak ahli tapi biarlah yang tinggal itu yang padu bersama yang semangat (untuk) membina semula parti atas asas perjuangan... kita bina semula, bangkit semula atas keruntuhan yang kita alami sekarang,” katanya.

Selain Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohamad juga tidak terlepas daripada desakan beberapa Ketua UMNO Bahagian di negeri ini supaya beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan UMNO negeri.

Mohamad berkata: ”Dia kena tanya diri sendirilah, tempat dia diuruskan ke tidak... apa kena mengena saya dengan bahagian...saya cuma pegawai perhubunga­n sahaja (dan) yang menguruska­n bahagian adalah mereka. merekalah yang perlu berasa malu dan patut letak jawatan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia