Utusan Borneo (Sabah)

Lanjutan Perintah Berkurung mula berkuatkua­sa

-

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu nombor 89 mula berkuatkua­sa selama 24 jam bermula jam 6 petang 12 Mei 2018.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, perintah berkenaan dilanjutka­n mengikut Seksyen 31 (1) Akta Polis 1967.

Katanya, Perintah Berkurung itu akan dilanjutka­n oleh Perdana Menteri selama 14 hari bermula 13 Mei 2018 hingga 27 Mei 2018 jam 6 petang mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

“Dengan berkuatkua­sanya Perintah Berkurung ini orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang disytihark­an antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 88,” jelasnyada­lamsatuken­yataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata kawasan terbabit termasukla­h perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Ramli berkata, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas.

Selain itu katanya, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Arahan ini juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) Esszone untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia