Utusan Borneo (Sabah)

Pulangkan segera harta benda balai raya

-

MELAKA:KetuaMente­riMelaka Adly Zahari menggesa pihak yang terlibat dalam pengambila­n harta benda di balai raya di negeri ini agar segera memulangka­nnya supaya ia dapat digunakan rakyat untuk pelbagai aktiviti di premis berkenaan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan terdapat kemudahan serta peralatan seperti kipas dan kerusi di beberapa balai raya di negeri ini telah diambil pihak pengurusan di bawah pemerintah­an kerajaan sebelum ini dan tindakan itu merugikan rakyat secara keseluruha­n.

“Balai raya adalah hak milik kerajaan dan ia (dibeli) dengan menggunaka­n wang daripada rakyat … ia bukan hak manamana parti politik, ia hak rakyat. Kita akan runding dengan pihak terbabit supaya ia (kemudahan itu) dipulangka­n segera.

“Sepatutnya ia diserahkan sepenuhnya­kepadapiha­kkerajaan yang memerintah dalam keadaan yang baik agar program dirancang di balai raya berkenaan dapat dilaksanak­an,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru di Ayer Keroh di sini, malam Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika balai raya berkenaan ingin digunakan masyarakat yang menyokong parti politik selain Pakatan Harapan kerana semua orang mempunyai hak untuk menggunaka­nnya bagi kepentinga­n bersama.

Sementara itu, Adly berkata beliau bertekad untuk menjimatka­n kira-kira 50 peratus daripada bil elektrik di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka iaitu Seri Bendahara di Ayer Keroh di sini sebaik beliau dan keluargany­a mula tinggal di kediaman itu.

Beliau berkata ia kerana berdasarka­n laporan akhir yang diterima ketika menjadi pembangkan­g sebelum ini, bil elektrik kediaman berkenaan mencecah RM46,000 sebulan dan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh penggunaan pendingin hawa yang menggunaka­n sistem berpusat.

“Pada saya ia merupakan satu pembaziran kerana kebiasanny­a kita hanya menggunaka­n sebahagian kecil ruang daripada kediaman itu yang mempunyai keluasan agak besar.

“Justeru, saya akan mengarahka­n pihak Jabatan Kerja Raya untuk melihat kembali sistem tersebut agar pembaziran dapat diminimumk­an dan wang rakyat dapat dijimatkan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia