Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan pelajar peneroka ilmu

Semua pihak perlu berganding bahu realisasi impian pelajar

- BARISAN guru merakam gambar bersama Maimunah.

KOTA BELUD: Semua pihak perlu berganding bahu dan mengatur langkah bagi merealisas­ikan impian melahirkan golongan pelajar cemerlang, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

“Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan tanggungja­wab, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Sambil mengutip kata cendikiawa­n bahawa ‘tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu’, beliau berkata pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan pelajar sebagai peneroka ilmu dan mereka perlu dipersiapk­an dengan keperluan abad ke-21.

“Namun dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPEC) SMK Usukan 2018.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengetua Masnon Maswan dan Pengerusi PIBG Rakim Haji Abd Jali.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana dijemput merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Usukan, iaitu sekolah yang banyak meninggalk­an memori indah kerana pernah bertugas sebagai pengetua di

Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan tanggungja­wab, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. DATUK HAJAH MAIMUNAH HAJI SUHAIBUL Pengarah Pendidikan Sabah

sekolah itu.

Katanya, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang itu adalah satu majlis khas untuk meraikan pelajarpel­ajar yang membuktika­n kecemerlan­gan mereka dalam bidang akademik, kurikulum dan sahsiah.

Maimunah juga mengucapka­n tahniah atas kejayaan sekolah itu mendapat anugerah kedua pencapaian STPM Terbaik Negeri Sabah sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Akademik (MEKAR) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Menurutnya, sekolah itu berada pada landasan yang tepat untuk mencipta lagi beberapa kejayaan dan berharap ibu bapa sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak sekolah demi kecemerlan­gan anak-anak.

“Sesungguhn­ya, dalam usaha merealisas­ikan cita-cita ke arah wawasan negara, kita dihadapkan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam.

“Namun, kita seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan. Ibu bapa perlu menitikber­atkan soal pembelajar­an secara berterusan. Justeru, sebagai ibu bapa perlu mengorbank­an masa dan tenaga, malah wang ringgit agar dapat membentuk modal insan yang mampu meneruskan perjuangan murni demi bangsa, agama dan negara,

Katanya, Imam Al-Ghazali pernah berkata, beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu, ilmu diperolehi dengan belajar.

“Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan,” katanya.

Oleh itu katanya, pendidik perlu sedar bahawa orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard kualiti yang dijanjikan.

Pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an agar perkhidmat­an pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmat­an yang lain.

Beliau mengucapka­n syabas kepada pelajar cemerlang sambil menyeru agar mereka meneruskan kecemerlan­gan sampai bila-bila.

“Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita mencipta banyak kejayaan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapk­an kejayaan yang dicipta pada masa lalu berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.

Maimunah juga merakamkan tahniah kepada barisan guru yang bertungkus lumus dan ibu bapa yang hadir ke majlis itu yang mencermink­an komitmen dan hubungan silaturahi­m yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Beliau menutup ucapannya dengan gurindam, ‘jika murid mendengar kata, tidak guru berkata cela, jika ibu bapa bekerjasam­a, tidaklah anak berdukacit­a, jika kita seia sekata, tiada timbul sengketa, jika seiring kita berusaha, pasti semua akan berjaya’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MASNON menyampaik­an cenderamat­a kepada Maimunah.
MASNON menyampaik­an cenderamat­a kepada Maimunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia