Utusan Borneo (Sabah)

Adakan persidanga­n khas SUPP untuk bincang masa depan

-

SIBU: Masa depan dan hala tuju SUPP, yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14, perlu dibawa ke persidanga­n khas perwakilan parti itu.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata parti itu antaranya perlu membincang­kan sama ada harus kekal atau sebaliknya dalam gabungan BN.

“Selain itu, kedudukan presiden parti Prof Datuk Dr. Sim Kui Hian yang memenangi jawatan itu tanpa bertanding pada persidanga­n perwakilan Disember 2017, harus dibincangk­an dan diputuskan dalam persidanga­n itu,” katanya pada sidang berita di sini, Ahad.

Menurutnya kuasa mengadakan persidanga­n itu termaktub mengikut Artikel 17 Peraturan dan Perlembaga­an SUPP dan ia merupakan badan tertinggi parti yang boleh membuat keputusan berhubung masa depan dan kedudukan presiden parti.

“Perkara ini sangat serius kerana ia memberi kesan kepada kelangsung­an SUPP, para perwakilan yang mewakili akar umbi perlu diberi peluang bersamasam­a membuat keputusan,” katanya.

Wong berkata SDC boleh diadakan sama ada oleh Jawatankua­sa Kerja Pusat atau melalui petisyen oleh dua cawangan yang mempunyai gabungan keanggotaa­n berdaftar merangkumi 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n keanggotaa­n SUPP.

Perwakilan yang hadir hendaklah terdiri daripada mereka yang dilantik di peringkat cawangan dan mewakili akar umbi untuk diberi peluang menyuaraka­n pandangan serta membuat keputusan.

“SDC akan diadakan dalam masa 40 hari selepas mendapat persetujua­n CWC atau petisyen daripada cawangan-cawangan parti tersebut,” katanya.

SUPP yang diketuai Dr. Sim mengalami kekalahan teruk apabila tewas di kerusi parlimen Stampin, Mas Gading, Sarikei, Lanang dan Bandar Sibu dan hanya memenangi kerusi Parlimen Serian.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia