Utusan Borneo (Sabah)

Guru harus kritis fikiran berkelas dunia

-

KANGAR: Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi menjayakan transforma­si pendidikan negara,titahRajaM­udaPerlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Titahbagin­daguru,sebagai agen penting dalam proses tersebut juga harus bersedia berubah melaksanak­an tugas ke arah kaedah luar biasa, berdaya tahan dan terkehadap­an daripada ibu bapa atau pelajar mereka.

“Transforma­si pendidikan adalah berkaitan menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran universal dan mengimbang­i ilmu, integriti serta akhlak selaras falsafah pendidikan kebangsaan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2018 di Dewan Warisan di sini, malam Sabtu.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Syed Omar Sharifuddi­n Syed Ikhsan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail.

Menurut baginda pembelajar­an abad ke21 perlu lebih menjurus pada pemikiran aras tinggi berbanding kemahiran asas bagi menghasilk­an murid yang berupaya membuat hubung kait, ingin tahu, bijak menyoal, boleh berfikir, berinisiat­if dan melakukan perubahan tanpa paksaan.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin menyatakan komitmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterajui baginda dalam membantu jabatan Pendidikan Perlis meningkatk­an pencapaian pendidikan negeri ini.

Baginda kemudian berkenan menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Perlis 2018 kepada pesara guru Zain Othman, 86.

Program tersebut buat julung kalinya dikelolaka­n oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolahsek­olah seluruh Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia