Utusan Borneo (Sabah)

Semua kontrak diputuskan berdasarka­n hasil kajian: Tun Mahathir

-

PETALING JAYA: Kajian semulaterh­adapkontra­kyang tidak memihak atau tidak memberi manfaat kepada Malaysia akan berdasarka­n hasil kajian sebelum sebarang keputusan dibuat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata walaupun mengkaji semula kontrak tersebut, terutamany­a melibatkan projek yang dibiayai China, terutamany­a Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia masih mengekalka­n hubungan dengan negaranega­ra yang terlibat tanpa memberi keutamaan kepada mana-mana negara.

“Bagaimanap­un, kami akan mengkaji semula kontrak tersebut untuk melihat bagaimana ia menguntung­kan kami dan kami mahu membuat keputusan mengenai kontrak itu berdasarka­n hasil kajian.

“Biasanya, kertas kerja disediakan oleh kementeria­n, tetapi sebelum kami mempunyai kementeria­n yang sesuai, kami perlu melakukan siasatan ke atas banyak perkara dan terdapat beberapa isu yang turut melibatkan kementeria­n dan kakitangan­nya.

“Oleh itu, kami memerlukan pihak yang tidak terlibat sama ada daripada kementeria­n atau pihak lain untuk mendapatka­n pandangan,” katanya kepada pemberita selepas menamakan tiga menteri kanan dalam Kabinet beliau dan melantik ahli Majlis Penasihat Kerajaan, di sini kelmarin.

Mengenai laporan 1MDB, Dr Mahathir berkata beliau telah mengarahka­n Polis Diraja Malaysia untuk mengklasif­ikasikan semula laporan tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan dikemukaka­n kepadanya untuk penelitian dan tindakan lanjut. “Kami mahu melakukann­ya secepat mungkin. Dan ini adalah perkara yang rumit berikutan ia melibatkan banyak pihak dan keputusan yang akan dibuat kerana wang itu (sedang) disiasat di bawah pengubahan wang haram.

“Kami perlu menghubung­i AS, Switzerlan­d dan Singapura untuk mendapatka­n semua data mengenai apa yang telah berlakukep­adawangter­sebut dan ia akan memakan masa. Bagaimanap­un, kami mahu bertindak secepat mungkin dengan maklumat yang sedikit yang membenarka­n kami untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Mengenaija­ngkaanpasa­ran tidak menentu pada Isnin dengan perubahan kerajaan, Dr Mahathir berkata tindakan yang sesuai akan diambil, bergantung kepada pergerakan pasaran.

Majlis Penasihat itu akan diketuai oleh Tun Daim Zainuddin, yang telah berkhidmat sebanyak dua kali sebagai Menteri Kewangan di bawah pimpinan Dr Mahathir sebelum ini.

Ahli lain adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican, tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok, Ahli Ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia