Utusan Borneo (Sabah)

Sambut Hari Ibu penuh makna

Efa Rizan punya cerita kecekalan, pengorbana­n

-

SETIAP tahun di Malaysia, Hari Ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei. Ianya bukan saja memberi makna tersendiri dalam sesebuah keluarga malah ianya menjadikan hidup berkeluarg­a menjadi lebih ceria berkualiti dan bahagia.

Ada pihak yang mempertika­i sambutan hari sumpama itu sebagai suatu yang tidak wajar kerana kasih sayang dan penghargaa­n kepada ibu perlu berlangsun­g tanpa hari istimewany­a dan sebaliknya.

Namun bagi Efa Rizan Ahmad Sobe, 30, dia berpegang pada keduaduany­a kerana penghargaa­n seorang anak kepada ibu perlu diterjemah setiap hari dan lebih istimewa pada Hari Ibu.

“Setiap kali Hari Ibu, saya akan terkenangk­an arwah ibu saya, Patmah Markar, yang hanya saya kenali sekejap kerana ibu meninggal ketika saya berumur enam tahun.

“Saya begiu rindukan ibu, saya masih mahu mengenalin­ya, teringin memeluknya, menciumnya namun Tuhan lebih menyayangi­nya,” katanya.

Efa akui hidup dalam keluarga yang besar lapan orang adik beradik menjadikan­nya seorang yang suka berdikari sejak kecil lagi.

Tamat sahaja persekolah­an, dia terus mencuba nasib melamar kerja mencuba nasib di kedai-kedai perniagaan kecil.

Akhirnya dengan kelebihan diri, bersemanga­t ingin mencuba yang baharu dan sukakan hidup yang lebih lasak, dia berjaya mendapat pekerjaan tetap menjadi seorang wartawan akhbar tempatan.

“Saya bersyukur mempunyai ibu tiri, Astri Ece, dan ibu mertua, Kymeldis Abay, 52, yang penyayang. Bagi saya, memiliki mereka berdua satu anugerah berharga dalam hidup saya,” katanya yang selalu meluang masa bermanja umpama mendapat kasih sayang ibu.

Menurutnya, hidupnya menjadi lebih bahagia apabila dikurniaka­n seorang anak perempuan, namun kegembiraa­n itu berlaku ketika negara digemparka­n dengan kejadian penceroboh­an militan Sulu di Tanduo pada 2013.

Ketika orang lain yang mengandung­kan anak sulung tidak digalakkan berada sekitar kawasan perang, Efa tanpa sedikit rasa bimbang apalagi takut, dia mewakili akhbarnya bertugas di medan perang.

“Ketika tragedi itu, saya mengandung kira-kira satu bulan, memang mencabar kerana keletihan rasa dua kali ganda, simptom loya, muntah, lapar tahap ‘gaban’ yang berbaur sepanjang masa.

“Saya selalu berbisik pada anak dalam kandungan saya, jadi anak yang baik kerana pengorbana­n yang saya lakukan ini demi sebuah perjuangan keamanan negara.

“Dia memahaminy­a tapi saya lebih suka berada di lapangan mengambil berita berbanding berada dalam bilik atau menjaga seharian sidang media di pusat media,” katanya.

Satu hari semasa tugasan di tengah laut yang turut disertai penulis, Efa akui begitu segar, ceria dan gembira tanpa sebarang

‘morning sickness’ kerana ternyata perjalanan berombak di tengah laut lebih menyelesak­annya apatah lagi kandungann­ya.

Kata Efa, mengandung­kan Amandha Lim Minn

Er, 5, tahun lalu begitu mengujakan. Semua kisah tragedi di Tanduo diketahuin­ya kerana dialah saksi pada perjuangan saya yang mengandung­kannya.

“Atas sebab itu, pengertian sebenar pada keadaan negara sempena tragedi yang dilalui itu, saya dan suami, Azmi Lim, memilih nama ‘Amandha’ untuk anak saya kerana nama itu menterjema­hkan perjuangan saya di sana,” katanya.

Dia yang kini mengandung­kan anak kedua turut tidak menyangka bakal memiliki seorang lagi cahayamata istimewa kerana menurutnya anaknya itu turut menjalani fasa pilihanray­a sepertiman­a sebelumnya.

Menurutnya, sambutan Hari Ibu bukan terletak pada banyaknya hidangan makanan kegemaran dihidangka­n atau nilai hadiah yang diberikan sebaliknya keikhlasan kasih sayang tanpa henti kepada orang tua.

Dia bersyukur perancanga­n Tuhan lebih besar makna untuknya sekeluarga dan menasihatk­an golongan ibu sentiasa meletakkan keutamaan pada tanggungja­wab kepada keluarga.

Meskipun katanya pelbagai peluang dan godaan zaman teknologi maklumat memanfaatk­an kehidupan tapi sewajarnya ahli keluarga meluangkan masa berkualiti mengeratka­n hubungan kekeluarga­an demi kebahagian di dunia dan akhirat.

“Hargailah siapa pun ibu kita kerana merekalah yang berjuang dan berkorban demi siapa diri kita hari ini, lakukanlah yang terbaik selagi berkesempa­tan melalakuka­nnya, taatilah mereka kerana kasih sayang ibu hingga ke syurga,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama antara petugas dengan Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Kampung Tanduo.
GAMBAR kenangan bersama antara petugas dengan Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Kampung Tanduo.
 ??  ?? EFA dan suami pada hari penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara di Putrajaya.
EFA dan suami pada hari penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara di Putrajaya.
 ??  ?? EFA (berdiri kanan) bersama ibu mertua (depan kiri) dan keluargany­a.
EFA (berdiri kanan) bersama ibu mertua (depan kiri) dan keluargany­a.
 ??  ?? EFA dan Azmi bersama anak perempuan mereka Amandha.
EFA dan Azmi bersama anak perempuan mereka Amandha.
 ??  ?? EFA dan suami bersama Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
EFA dan suami bersama Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia