Utusan Borneo (Sabah)

Penelope Cruz ketepikan dunia fiksyen dalam kehidupan peribadi

-

PEMENANG anugerah Oscar dari Sepanyol, Penelope Cruz, berkata Rabu lepas bahawa meletakkan dinding di antara bidang lakonan dengan kehidupan peribadi – walaupun ketika bekerja bersama suaminya Javier Bardem – telah menamatkan ‘penyeksaan’ pada awal pembabitan­nya di dalam industri tersebut.

Ketika memperkena­lkan filem baharunya ‘Everybody Knows’ arahan Asghar Farhadi dari Iran di Cannes, Cruz memberitah­u pemberita bahawa dia dan Bardem telah menjadikan­nya satu peraturan untuk tidak membawa kehidupan peribadi mereka ke set penggambar­an, atau kerja mereka ke rumah bersama mereka.

“Ketika saya dalam usia 20an, saya sangka lebih kerap saya menyeksa diri dan lebih kerap saya kekal dalam watak selama berbulan-bulan, hasilnya akan lebih baik,” kata Cruz.

“Kami (dia dan Bardem) mempunyai cara bekerja yang sangat sama dan mungkin saya menjalanka­n eksperimen itu ketika saya lebih muda kerana keduadua kami bermula pada usia yang sangat muda.”

Cruz dan Bardem, yang ramai pemerhati selebriti dakwa sudah mengisi tempat yang dikosongka­n oleh Angelina Jolie dan Brad Pitt dalam cakerawala pasangan bintang, berkenalan di set penggambar­an dramedi Sepanyol yang seksi pada 1992 ‘Jamon Jamon’ ketika Cruz masih remaja.

Namun bibit romantik mula berputik ketika mereka bekerja sama dalam filem arahan Woody Allen ‘Vicky Cristina Barcelona’ yang mengadakan tayangan perdana di Cannes pada 2008.

Cruz membawa pulang sebuah anugerah Oscar untuk watak sokonganny­a sebagai seorang artis yang panas baran dalam filem itu.

Dia dan Bardem, yang menang pada tahun sebelum itu untuk ‘No Country for Old Men’, masingmasi­ng merupakan lelaki dan wanita pertama dari Sepanyol yang memenangi anugerah lakonan Oscar.

- GAJI YANG SAMA RATA -

Bardem, sekarang 49, mengisytih­arkan cintanya kepada Cruz, 44, secara terbuka di Cannes pada 2010 dan mereka berkahwin pada tahun yang sama di sebuah pulau di Bahamas milik rakan mereka dan pelakon dari Amerika Syarikat, Johnny Depp.

Mereka mempunyai dua anak bersama dan melindungi privasi mereka dengan begitu ketat sekali.

“Saya ada kehidupan dan kemudian saya ada pekerjaan saya dan ia membolehka­n saya untuk melompat banyak kali dalam masa sehari daripada realiti kepada fiksyen – saya amat menyukai sekali tarian mundar-mandir yang cantik dari kedua-dua dimensi itu,” kata Cruz.

“Saya rasa ia tidak akan menjadikan kehidupan anda lebih baik jika kita menggunaka­n perkara tertentu dari kehidupan peribadi kita (di set penggambar­an filem) jadi hakikat bahawa kami amat mengenali satu sama lain dan mempercaya­i satu sama lain amat membantu sekali.”

Cruz dan Bardem sudah membintang­i sembilan buah filem bersama, termasuk ‘Loving Pablo’ pada tahun lepas oleh pengarah Sepanyol, Fernando Leon de Aranoa, di mana Bardem membawa watak raja dadah kejam dari Colombia, Pablo Escobar, dan Cruz seorang wartawan yang jatuh cinta dengannya.

Cruz berkata walaupun dia seronok bekerja dalam ‘Everybody Knows’ bersama Bardem, di mana mereka berlakon sebagai bekas kekasih yang bertemu semula beberapa dekad kemudian, “ia bukan sesuatu yang kita rancang untuk buat setiap dua tahun”.

“Tidak, itu akan berlaku sekali sekala jika kita rasa ia adalah betul, seperti dalam kes ini,” katanya.

Farhadi, yang kerap bekerja bersama isterinya sendiri yang juga pengarah dari Iran, Parisa Bakhtavar, berkata pasangan itu nampak seperti meletakkan jarak yang “sihat” dari industri perfileman.

“Saya benar-benar mengagumi cara Penelope dan Javier memisahkan fiksyen daripada realiti, kehidupan daripada kerja,” katanya.

“Mereka adalah simbol bagi pasangan yang bahagia dan ia menyeronok­kan untuk melihat mereka begitu menghormat­i satu sama lain.”

Dengan seksisme dan perdebatan tentang pencabulan yang menggegark­an industri perfileman antarabang­sa selain menarik tumpuan di Cannes pada tahun ini, Cruz dan Bardem ditanya sama ada mereka dibayar secara sama rata ataupun tidak untuk filem itu.

“Sebenarnya, ya,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia