Utusan Borneo (Sabah)

YDKMM Sabah anjur Gema Ambang Ramadan

YDKMM Sabah anjur Gema Ambang Ramadan

- MAJLIS Pelancaran Projek Special Iftar For Asnaf 2018.

SEMPENA bulan Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi, pihak Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dengan kerjasama Yayasan Sabah (YS), Youth Of Happiness (YOSH) dan Neo Sinergy Training Centre (NSTC) telah mengadakan Program Gema Ambang Ramadan bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Bangunan Yayasan Sabah pada Sabtu.

Seramai 250 orang telah menyertai program itu yang terdiri daripada pelajar Institut Tahfiz Al-quran Sabah (ITQAS), Institut Perguruan Kampus Kent, Pusat Tahfiz Ar-Rahmah Keningau, Universiti Collage Sabah Foundation (UCSF), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kem Tentera Lok Kawi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kolej MAHSA, Politeknik Kota Kinabalu dan UiTM, serta Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program Gema Ambang Ramadan merupakan inisiatif pihak YDKMM bagi meraikan ke- datangan bulan Ramadan yang bakal disamoleh but seluruh umat Islam dalam beberapa hari sahaja lagi.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan di dalam Program Gema Ambang Ramadan adalah Forum Kebangkita­n Pemuda Sabah, Penyerahan Wakaf Al-Quran dan pelancaran projek Special Iftar For Asnaf 2018.

Forum Kebangkita­n Pemuda Sabah merupakan acara utama dengan penampilan istimewa daripada Eksekutif Kanan Yadim Zon Sabah Ustaz Ramlee Daud, pengasas bersama YDKMM Fakhrullah Mawardi dan finalis Program Pencetus Ummah Muslim kedua PU Azihal.

Objektif forum adalah untuk memberi kesedaran mengenai peranan pemuda untuk mencontohi tokoh-tokoh Islam terdahulu, membangun kriteria pemuda Islam sebagai pasak kebangkita­n umat Islam dan memupuk perpaduan dalam kalangan anak muda untuk meningkatk­an syiar Islam.

“Ketika orang lain masih si- buk dengan isu kehangatan PRU, alhamdulil­lah saya sangat bersyukur kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk berhimpun di dalam auditorium ini bagi memperinga­ti dan meraikan kedatangan bulan Ramadan yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi,” kata Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh.

Sementara Fakhrullah dalam ucapan perasmiann­ya ketika melancarka­n projek Special Iftar For Asnaf 2018 berkata, antara sebab utama penubuhan YDKMM adalah kerana anak muda.

“Anak muda sering dikaitkan dengan masalah gejala sosial. Oleh itu, melalui projek Special Iftar For Asnaf ini kami ingin melibat semua anak muda untuk bersama-sama melakukan khidmat aktiviti sosial kepada masyarakat bagi mewujudkan kesedaran dalam diri mereka,” katanya.

Satu kejayaan bagi YDKMM baru-baru ini ialah projek wakaf al-Quran yang dijalankan selama 30 hari telah berjaya mengumpulk­an sumbangan sebanyak RM40,000.

Ia merupakan hasil sumbangan dari masyarakat Malaysia yang perihatin terhadap golongan mualaf dan asnaf di Sabah. Dalam program itu, sebanyak 50 naskah wakaf al-Quran telah diserahkan kepada Pusat tahfiz Ar-Rahmah, Keningau dan 50 naskah lagi diserahkan kepada mualaf Hidayah Centre.

Turut hadir sama bagi memeriahka­n lagi program itu ialah Pengerusi Badan Amal Kebajikan Islam Yayasan Sabah (BAKIYS) Asman Dulamid, Pengurus Perniagaan Bank Islam Kota Kinabalu Sitti Hajar Anisah, Pengurus Bank Muamalat Kota Kinabalu Wahab Taif, Setiausaha Dewan Usahawan Bumiputera Negeri Sabah (DUBNS) Mohammad Zikrun, Timbalan presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah Hj Janis Abdullah dan Ketua Waren Markas 5 Briged Kem Lok Kawi Abdul Latif Abu Bakar.

Pihak YDKMM Cawangan Sabah ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasam­a bagi menjayakan program seumpama itu. Terima kasih juga kepada pihak Yayasan Sabah selaku rakan kerjasama yang telah menaja tempat program.

 ??  ?? GAMBAR beramai-ramai bersama peserta Program Gema Ambang Ramadan.
GAMBAR beramai-ramai bersama peserta Program Gema Ambang Ramadan.
 ??  ?? PELANCARAN Projek Special Iftar For Asnaf 2018.
PELANCARAN Projek Special Iftar For Asnaf 2018.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Qasidah Marhaban Ya Ramadan dari Pelajar Pusat Tahfiz Ar-Rahmah, Keningau.
PERSEMBAHA­N Qasidah Marhaban Ya Ramadan dari Pelajar Pusat Tahfiz Ar-Rahmah, Keningau.
 ??  ?? FORUM Kebangkita­n Pemuda Sabah 2018.
FORUM Kebangkita­n Pemuda Sabah 2018.
 ??  ??
 ??  ?? PENYERAHAN Wakaf Al-Quran kepada Pusat Tahfiz ArRahmah, Keningau.
PENYERAHAN Wakaf Al-Quran kepada Pusat Tahfiz ArRahmah, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia