Utusan Borneo (Sabah)

Jururawat perlu komited jaga kepercayaa­n diberikan pesakit

-

JURURAWAT perlu komited menjaga kepercayaa­n yang telah diberikan pesakit kepada mereka dalam melaksanak­an perkhidmat­an kesihatan.

Pengarah Eksekutif Kejururawa­tan Pusat Perubatan Pakar Normah (Normah) Nadzrah Basri berkata, jururawat merupakan perantara pertama di mana-mana institusi kesihatan.

“Terdapat empat tips yang telah digariskan sebagai panduan sebagai seorang jururawat dalam membantu pesakit mereka iaitu perlu berpengeta­huan luas dalam bidang perkhidmat­an kesihatan.

“Selain itu, mempunyai sumber maklumat dalam memberi perkhidmat­an kesihatan yang berkesan sebagai jaminan optimum kepada pesakit yang dirawat.

“Mempunyai sifat tegas tetapi tenang dan berkeyakin­an ketika menghadapi kemungkina­n yang sukar oleh pesakit yang dirawat serta sentiasa mempunyai sifat baik,” ujarnya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Kejururawa­tan Normah Susana Wee sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2018, pada Jumaat.

Sementara itu, Staf Jururawat Normah Vanessa Edding berkata, sambutan Hari Jururawat Sedunia yang diraikan setiap tahun di pusat perubatan itu memberi makna mendalam sebagai pengiktira­fan terhadap bidang kejururawa­tan.

Beliau berharap, setiap jururawat di pusat perubatan itu akan memanfaatk­an sambutan berkenaan untuk menjadi lebih baik dan matang dalam menguruska­n pesakit selari dengan tema sambutan global tahun ini iaitu ‘A Voice to Lead, Health is a Human Rights.’

Bagi memeriahka­n sambutan berkenaan, Normah menjalanka­n beberapa aktiviti menarik antaranya perhimpuna­n jururawat, kesedaran kesihatan awam, ‘telematch’, zumba dan majlis makan malam.

 ??  ?? PARA jururawat merakamkan kenangan pada upacara memotong kek sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2018 di Normah.
PARA jururawat merakamkan kenangan pada upacara memotong kek sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2018 di Normah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia