Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 umat Islam hadiri Majlis Taklimat Ihya Ramadan LAKMNS

-

MAJLIS Taklimat Ihya Ramadan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di Masjid Jamek Negeri di Kuching, Sarawak berlangsun­g meriah dengan kehadiran lebih 300 umat Islam dari bandar raya ini.

Majlis bermula jam 9.30 pagi itu disempurna­kan oleh Pengurus Besar LAKMNS Mohamad Sabry Othman dengan dihadiri Pegawai Pengurusan Bahagian Masjid LAKMNS Mohamad Aizat Mohamad Morshidi.

Mohamad Sabry dalam ucapannya berkata, majlis itu bertujuan memaklumka­n masyarakat Islam berhubung program sambutan ihya Ramadan yang dirancang oleh LAKMNS pada tahun ini.

Majlis itu juga katanya, diadakan bagi mengeratka­n ukhuwah dan silaturahi­m masyarakat setempat sekali gus mengimarah­kan masjid terutama pada Ramadan.

“Justeru, saya menyeru masyarakat Islam terutama di bandar raya ini agar dapat memenuhi masjid ini (Masjid Jamek Negeri) dan Masjid Bandaraya Kuching sepanjang Ramadan ini bagi memperoleh faedah daripada pelaksaana­an program yang telah kita rancangkan untuk mereka,” katanya.

Diharap dengan adanya program ihya Ramadan ini nanti, Mohamad Sabry berkata, ia akan menjadi platform bermakna untuk menambah ilmu pengetahua­n dan meningkatk­an kefahaman masyarakat Islam terhadap ibadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Mohamad Aizat berkata, pelbagai program sempena sambutan ihya Ramadan bakal dilaksanak­an di Masjid Jamek Negeri dan Masjid Bandaraya Kuching.

“Antaranya majlis berbuka puasa, sembahyang sunat terawih, program iktikaf, program pengagihan bubur, program tadarus dan khatam Al-Quran serta banyak lagi program yang akan memberi manfaat kepada umat Islam di bandar raya ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia