Utusan Borneo (Sabah)

650 klien produktif dibangunka­n

Di bawah program pembanguna­n UMK tahun ini

-

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengenal pasti seramai 650 klien produktif untuk dibangunka­n di bawah program pembanguna­n Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sejak diperkenal­kan pada 2013, UMK telah menampakka­n hasil dan impak membanggak­an.

Walaupun angka yang berjaya masih rendah berbanding jumlah penerima bantuan bulanan sedia seramai 56,424 orang, tetapi ia amat membanggak­an bagi JKMS, katanya.

“Jabatan telah mengenal pasti klien yang produktif dan telah membantu seramai 2,193 orang di bawah program UMK sehingga tahun 2017.

“Daripada jumlah mereka yang dibantu ini, seramai 247 orang telah berjaya berdikari dengan pendapatan melebihi RM1,000 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Terima Kasih JKMS 2018 bersama rakan strategik jabatan tersebut di sebuah hotel di sini, malam Sabtu.

Turut hadir, Pengarah JKMS Abang Shamshudin Abang Seruji, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Bercakap mengenai perkembang­an politik semasa, Fatimah berharap semua dasar dan program bantuan untuk rakyat miskin di negeri ini akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mengakui sedikit bimbang dengan perubahan dari segi kerajaan memerintah, Fatimah berharap ia tidak akan memberi kesan kepada kebajikan kumpulan sasaran kementeria­nnya terutama penerima bantuan bulanan JKMS.

“Secara peribadi, saya berasa sedikit bimbang dengan perubahan kerajaan yang memerintah ini dan tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.

“JKMS adalah satu jabatan khas yang ditubuhkan bagi membantu rakyat kita yang miskin supaya tidak hidup dalam keadaan daif.

“Saya berdoa semoga perubahan dari segi kerajaan yang memerintah ini tidak akan memberi kesan kepada kebajikan klien kita dan mereka akan terus menerima bantuan daripada kerajaan PH,” katanya.

Fatimah turut berdoa agar semua dasar dan program kementeria­n untuk membantu rakyat yang miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), golongan tidak dapat bekerja kerana sakit terlantar dan kumpulan sasar lain tidak akan berubah.

“JKMS juga diamanahka­n untuk menjaga kanak-kanak yang teraniaya dan yatim piatu yang sekarang kini kita tempatkan dua institusi kanak-kanak iaitu di Kuching dan Sri Aman.

“Saya berharap ini juga tidak akan berubah. Kita tunggu dan lihat dan berdoa bantuan ini akan diteruskan oleh Kerajaan PH,” ujarnya.

“Daripada jumlah mereka yang dibantu ini, seramai 247 orang telah berjaya berdikari dengan pendapatan melebihi ” RM1,000 sebulan. DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? WAKIL-WAKIL rakan strategik JKMS merakamkan kenangan bersama Fatimah (berdiri belakang, enam kiri).
WAKIL-WAKIL rakan strategik JKMS merakamkan kenangan bersama Fatimah (berdiri belakang, enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia