Utusan Borneo (Sabah)

SMK St Augustine juara keseluruha­n Perarakan Gawai Dayak Betong 2018

-

BETONG: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine Betong merangkul wang tunai RM6,000 apabila muncul juara keseluruha­n dan kategori pada Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2018, pada Sabtu.

Perarakan sempena Karnival Gawai Bagi Menua Betong 2018 itu bertemakan ‘Berserakup Segulai Sejalai.’

Perarakan bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan Betong sejauh kira-kira 2.2 kilometer.

Sebanyak 29 kontinjen menyertai perarakan kali ini dalam empat kategori dipertandi­ngkan.

Juara bagi setiap kategori menerima wang tunai RM3,000 serta sebuah piala dan sijil penyertaan.

Naib juara membawa pulang wang tunai RM700 serta piala dan sijil, manakala tempat ketiga mendapat wang tunai RM500, piala dan sijil.

Selain itu, juara keseluruha­n iaitu juara antara juara turut menerima wang tunai RM3,000.

Keputusan bagi kategori A iaitu jabatan kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dimenangi LANDAS Betong, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing Jabatan Pertanian Betong dan Pejabat Pendidikan Daerah Betong.

Kategori B bagi ketua kaum rumah panjang, kampung dan pasar Betong pula dianugerah­kan kepada Rumah Panjang Penurin sekali gus mengulangi pencapaian tahun lalu, diikuti Bebangai Kanan selaku naib juara dan Rumah Panjang Melaban di tempat ketiga.

 ??  ?? WAKIL SMK St Augustine menerima hadiah pada Sabtu.
WAKIL SMK St Augustine menerima hadiah pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia