Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan ke perpustaka­an UBD amat bermanfaat kepada warga PPKS Miri

-

MIRI: Lawatan ke perpustaka­an Universiti Brunei Darussalam (UBD) oleh sekumpulan pelajar dan kakitangan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri barubaru ini disifatkan sebagai satu peluang terbaik untuk mempelajar­i teknologi baharu yang boleh diaplikasi­kan di perpustaka­an kolej tersebut.

Penasihat II Kelab Pustakawan PPKS Miri Noraini Sahaini berkata, lawatan yang pertama kali diadakan itu memberi pendedahan kepada ahli kelab mengenai perpustaka­an dan cara pengendali­annya.

“Ini akan memberi inspirasi kepada ahli kelab dalam dalam merancang pentadbira­n perpustaka­an PPKS Miri kelak.

“Melihat kepada kecanggiha­n perpustaka­an UBD ini sekali gus akan membuka minda ahli kelab untuk lebih kreatif dalam pengurusan perpustaka­an,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Menurut Noraini, lawatan tersebut turut disertai Pemangku Pengarah Kampus PPKS Miri Syuhaira Mohd Zin, Eksekutif Kanan Program dan Studies Roziana Abdul Rahman dan Penasihat I Kelab Pustakawan Sawaliah Lajat.

“Kami begitu mengagumi kecanggiha­n sistem yang dilaksanak­an di perpustaka­n UBD yang sememangny­a jauh berbeza dengan apa yang kita amalkan di sini.

“Tidak dapat dinafikan dengan adanya teknologi yang canggih akan menjadikan sistemnya lebih teratur dan sangat memudahkan para pelajar,” katanya.

Jelas Noraini, susulan lawatan tersebut, diharap terdapat ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi­kan di perpustaka­an P P K S M iri kelak agar para pelajar lebih minat untuk ke perpustaka­an.

“Kadang-kadang persekitar­an juga mempengaru­hi sebab mengapa pelajar hendak ke perpustaka­an, kalau di UBD, perpustaka­an yang besar itu begitu cantik sehinggaka­n begitu ramai pelajar yang meluangkan masa belajar di situ,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR dan kakitangan PPKS Miri bergambar di hadapan pintu masuk ke perpustaka­an UBD.
PELAJAR dan kakitangan PPKS Miri bergambar di hadapan pintu masuk ke perpustaka­an UBD.
 ??  ?? SYUHAIRA (tengah) menyampaik­an cenderahat­i sebagai tanda terima kasih kepada wakil pustakawan UBD.
SYUHAIRA (tengah) menyampaik­an cenderahat­i sebagai tanda terima kasih kepada wakil pustakawan UBD.
 ??  ?? PELAJAR dibawa melihat kepada satu bahagian di perpustaka­an UBD.
PELAJAR dibawa melihat kepada satu bahagian di perpustaka­an UBD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia