Utusan Borneo (Sabah)

PBB parti bermaruah, tidak akan jadi ‘katak’ sertai PH

Sebagai komponen BN bentuk kerajaan negeri menerusi PRN 2016, PBB tahu kekuatan dan kelebihan parti: Abdullah

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan parti bermaruah dan tidak akan menjadi ‘katak’ dengan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PBB sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan negeri menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016, tidak terdesak kerana tahu kekuatan dan kelebihan parti, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol.

Menurut Abdullah, apa yang menghairan­kan beliau ialah apabila pimpinan PH Sarawak terlalu cepat berasa bangga dengan spekulasi yang mengatakan PBB akan menyertai mereka.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen mengenai desas-desus itu, beliau berkata tidak perlu bagi PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan AMANAH berasa tergugat. P B B merupakan parti komponen BN yang dipilih melalui PRN 2016 untuk mentadbir kerajaan negeri Sarawak, katanya.

“PBB seperti rakan lain dalam komponen BN Sarawak telah melalui perjalanan sejarah politik yang lama serta proses kematangan politik dan terlibat secara langsung dalam evolusi pemodenan negeri yang seluas Semenanjun­g Malaysia.

“Semua parti dalam komponen BN Sarawak adalah parti politik tempatan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin ulung anak jati Sarawak dari pelbagai etnik,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Malah, beliau mengingatk­an bahawa Sarawak adalah antara pihak yang menandatan­gani Perjanjian Malaysia 1963.

“Kami warga Sarawak sentiasa bangga dengan sikap sederhana, perpaduan serta keunikan kami. Kami akan terus bersatu dalam kepelbagai­an agama dan budaya.

“BN Sarawak sentiasa menghargai ciri-ciri demokrasi iaitu sama-sama bersetuju untuk kadang-kadang tidak sependapat,” jelasnya.

BN Sarawak juga menghormat­i pilihan majoriti rakyat dalam PRU14 dengan perasaan yang terbuka dan berazam untuk bekerja dengan lebih kuat lagi demi kepentinga­n semua lapisan masyarakat terutama di Sarawak.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan kesediaan pentadbira­n beliau untuk bekerjasam­a dengan kerajaan baharu di peringkat persekutua­n.

Ini bermaksud, kerjasama dalam soal-soal pentadbira­n dalam amalan sistem persekutua­n.

Kerajaan negeri menurutnya, akan memastikan kerjasama tersebut mestilah berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n dan tidak akan menjejaska­n hak serta kepentinga­n negeri.

Abdullah menegaskan, kerajaan negeri akan memantau dengan teliti perkembang­an serta usaha kerajaan persekutua­n yang ditadbir PH dalam mengotakan janji-janji kempen dan manifesto mereka terutama melibatkan kepentinga­n Sarawak.

“Perlu dinyatakan kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri tidak akan berganjak, malah meneruskan usaha untuk menuntut segala hak-hak serta kepentinga­n negeri yang termaktub secara sah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kerajaan negeri sekarang berada dalam situasi amat bersedia dan akan mempertimb­angkan pelbagai pilihan untuk memastikan tuntutan negeri ini dihormati, diberi perhatian dan menghasilk­an keputusan yang sewajarnya.

“Kesungguha­n serta keberanian kepimpinan negeri diketuai Ketua Menteri berkiblat ke arah menjaga kepentinga­n serta memakmur negeri dan memastikan masa depan warga Sarawak terjamin,” jelasnya.

Mengenai kenyataan Chong yang berhasrat untuk menangkap semua pemimpin yang korup, Abdullah berkata, ia harus dimulakan dengan menyiasat pemimpin dalam PH.

Chong katanya, tidak boleh bersikap hipokrit dan ‘double standard’ dalam menyiasat amalan rasuah.

“Merujuk kepada amalan rasuah dan salah laku yang dibangkit Chong, mungkin beliau merujuk kepada pemimpin mereka sendiri.

“Tiba-tiba DAP dan PKR lupa tentang pelbagai tuduhan amalan rasuah dan salah laku yang mereka lemparkan terhadap beberapa pemimpin yang dahulunya lawan mereka,” katanya.

Mungkin amalan mereka ialah sesiapa yang menyertai PH akan dimaaf serta dikecualik­an daripada sebarang tindakan undang-undang, katanya.

Chong katanya, memperkata­kan tentang perjuangan DAP dalam isu integriti dan mencadangk­an supaya mereka yang ingin menyertai PH mestilah melalui proses saringan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apa yang pelik dan fakta yang benar ialah semua calon PH tidak pernah dirujuk atau diproses oleh SPRM sebelum bertanding dalam PRU barubaru ini,” ujarnya.

Semua parti dalam komponen BN Sarawak adalah parti politik tempatan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin ulung anak jati Sarawak dari pelbagai etnik. ABDULLAH SAIDOL Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia