Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat setempat diingatkan saling bantu antara satu sama lain

-

MIRI: Masyarakat setempat diingatkan agar saling membantu antara satu sama lain khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata masyarakat termasuk pelbagai persatuan memainkan peranan mereka dalam membantu golongan terbabit.

“Kita masih bernasib baik, mempunyai keluarga dan dimurahkan rezeki bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur malah memainkan peranan kita sebagai masyarakat prihatin membantu mereka,” katanya.

Lee berkata demikian pada Majlis Bantuan Ramadan Hari Raya 2018 anjuran Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam (Perkaya) Miri di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Perkaya Miri Abdul Rani Jaraie, Setiausaha Perkaya Miri, Marzuki Sulong serta tetamu lain.

Dalam pada itu, Lee memuji usaha dilaksanak­an oleh Perkaya dalam membantu kebajikan anak-anak yatim tersebut.

Malah katanya, persatuan turut mempunyai sukarelawa­n itu harus diberikan pujian dan contoh kepada yang lain.

“Tahniah kepada semua sukarelawa­n Perkaya dan persatuan sendiri banyak memberi sumbangan mereka kepada anak-anak yatim.

“Apa sahaja sumbangan yang telah anda berikan amat memberi kesan bermakna kepada mereka yang menerima,” katanya.

Pada majlis itu, L e e turut mengumumka­n geran bernilai RM10,000 untuk kegunaan Perkaya Miri.

Sementara itu, seramai 150 daripada 250 anak-anak yatim berdaftar dengan Perkaya Miri menerima sumbangan hari raya daripada Perkaya.

Penerima masing-masing dari Miri, Sibuti, Niah, Suai dan Bekenu.

Manakala, bagi penerima dari luar Miri, bantuan yang sama akan turut disalurkan pada majlis lain.

Majlis itu juga menyaksika­n sumbangan daripada lapan penderma yang bermurah hati disampaika­n kepada Perkaya.

Terdahulu, Marzuki mewakili persatuan itu menyampaik­an amanat bekas Pengerusi Perkaya Miri, Allahyarha­m Imran Abdul Hamid.

Katanya, Allahyarha­m mengingatk­an persatuan terbabit agar memastikan semua keperluan bantuan anak-anak yatim disampaika­n terutamany­a sumbangan persekolah­an dan pendidikan.

“Terdapat bantuan persekolah­an dan pendidikan untuk anak-anak yatim tetapi Allahyarha­m meninggal dunia tanpa sempat mengumumka­nnya,” kata beliau.

 ??  ?? LEE menyampaik­an bantuan hari raya kepada salah seorang penerima disaksikan yang lain.
LEE menyampaik­an bantuan hari raya kepada salah seorang penerima disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia