Utusan Borneo (Sabah)

USIM, Tabung Haji anjur kursus Sijil Pembimbing Ibadat Haji

-

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bekerjasam­a sekali lagi menganjurk­an program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) di Nilai yang bertujuan meningkatk­an ilmu pengetahua­n Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA).

Pengurus Besar Kanan (Haji) LTH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kursus itu yang dianjurkan melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM disertai 128 individu. “Program Pengajian SPIH ini merupakan usaha LTH untuk PEKTA dapat melalui satu proses pembelajar­an berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan untuk membimbing bakal-bakal haji melalui siri-siri kursus haji yang dianjurkan oleh LTH di tanah air,” katanya dalam kenyataan di Nilai, baru-baru ini.

Beliau juga berkata bermula musim haji 1439H, semua PEKTA harus mengikuti program ini sebelum dibenarkan bertugas sebagai PIHTAS.

”Sebanyak 14 modul pengkuliah­an telah disediakan sepanjang enam hari berkursus. Gabungan modul-modul ini dapat diaplikasi­kan ke arah penyelesai­an segala masalah dan isu berkaitan hukum hakam ibadat haji dan pengurusan di tanah suci secara lebih efisien dan efektif, sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n haji dan umrah,” katanya.

Beliau berkata turut diperkenal­kan tambahan dua modul baharu iaitu Undang-undang Pengurusan Haji dan Umrah dan Peraturan-peraturan kerajaan Arab Saudi semasa Musim Haji serta Akidah dan Tazkiyya al-Nafs dalam Ibadat Haji dan Umrah.

Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof. Datuk Dr Musa Ahmad berkata gabungan penceramah dan fasilitato­r program daripada LTH serta Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan diharapkan dapat membentuk satu pasukan pembimbing ibadat haji yang mantap dan saling melengkapi.

Beliau berharap agar sinergi antara USIM dan LTH akan berterusan untuk jangka masa yang panjang dan dikembangk­an kepada bentuk kerjasama strategik yang lain.

“Banyak aspek boleh disinergik­an antaranya dalam bidang hospitalit­i lebih-lebih lagi apabila Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) akan beroperasi pada pertengaha­n tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia