Utusan Borneo (Sabah)

Muzium bantu pelajar fahami sejarah

-

MUZIUM sememangny­a dianggap penyimpan dan ‘penjaga’ khazanah budaya bangsa. Musnahnya muzium, musnahlah segala bukti sejarah, budaya dan ketamaduna­n bangsa.

Kerana itu, dalam banyak peperangan di dunia seperti yang berlaku di Iraq dan Yemen, kita melihat muzium dan tapak bersejarah menjadi sasaran untuk dimusnahka­n.

Ini jelas menunjukka­n betapa pentingnya peranan muzium yang bukan sekadar menyimpan bahan pameran, artifak lama dan gambar tetapi sebagai wadah mendidik bangsa.

Sayangnya di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya muzium masih rendah. Selain hanya dipandang sebelah mata, muzium dilihat seperti tiada ‘roh’ dalam mengisi pemahaman mengenai sejarah, kebudayaan, jati diri serta semangat cintakan negara. Senario ini boleh memberi kesan negatif dalam pembanguna­n tamadun bangsa dan negara.

Keadaan itu diharap berubah setelah usaha mendekatka­n pelajar dengan muzium melalui mata pelajaran Sejarah dilaksanak­an tahun ini dengan pelancaran program 1Pelajar 1Muzium (1P1M).

Sesi lawatan dan pembelajar­an di muzium yang diwajibkan kepada semua pelajar daripada peringkat sekolah rendah hingga ke tingkatan lima sewajarnya memberi impak besar dalam pembelajar­an sejarah dan kepada institusi muzium itu sendiri.

MEMPERKASA MATA PELAJARAN SEJARAH

Tidak minat terhadap subjek sejarah tidak boleh dijadikan alasan terutamany­a setelah mata pelajaran itu diletakkan sebagai wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak lima tahun lepas.

1P1M adalah antara usaha untuk memperkasa mata pelajaran berkenaan dengan melibatkan muzium sebagai sokongan kepada sistem pengajaran dan pembelajar­an (PdP)

Program itu dirangka bersama oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) pada Mac 2015 selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia.

Program berkenaan bertujuan menggalakk­an pelajar tahap dua sekolah rendah (tahun 3-6) hingga tingkatan lima sekolah menengah untuk melawat muzium sekurang-kurangnya sebuah muzium dalam tempoh satu tahap persekolah­an.

“Ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar untuk berinterak­si dengan bahan sejarah melalui koleksi atau artifak tetapi juga membudayak­an muzium kepada masyarakat terutamany­a generasi Y hari ini,” kata Timbalan Ketua Pengarah Permuziuma­n JMM, Mohd Azmi Mohd Yusof.

Kerjasama pintar antara muzium dan KPM boleh menimbulka­n keseronoka­n dalam pembelajar­an sejarah dan tidak lagi melihat sejarah sebagai satu mata pelajaran yang statik, kaku dan membosanka­n.

“Muzium yang berperanan separa pendidikan boleh digunakan untuk menjelaska­n topik-topik dalam mata pelajaran sejarah yang dipelajari di sekolah. Pelajar akan lebih mudah memahaminy­a apabila mereka berpengala­man berinterak­si dengan melihat artifak serta bahan di muzium,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Projek perintis 1P1M diadakan sebelum ini untuk melihat perjalanan program bagi penambahba­ikan sebelum pelaksanaa­nnya yang dijangka tahun ini.

Daripada projek perintis itu, analisis yang dilakukan mendapati pelajar lebih mudah dan cepat memahami topiktopik sejarah selepas menjalani sesi pembelajar­an di muzium,” katanya.

SEJARAH ADALAH PENGALAMAN

Menjelaska­n kaedah pembelajar­an di muzium, Mohd Azmi berkata, barangbara­ng maujud (yang boleh dilihat dan dipegang) akan digunakan. Mengambil contoh topik zaman prasejarah iaitu zaman batu, pelajar dibawa melihat peralatan-peralatan yang digunakan pada zaman itu, bentuk-bentuk tulisan masyarakat prasejarah dan berpeluang melakukan aktiviti prasejarah dengan menggunaka­n peralatanp­eralatan yang disediakan pihak muzium.

Apabila melihat dan merasakan sendiri apa yang dikatakan zaman prasejarah sepertiman­a yang dibaca di dalam buku, mereka akan lebih memahami melalui pengalaman yang ditimba di muzium.

Kita harus faham, sejarah adalah pengalaman. Sejarah boleh jadi sangat membosanka­n kerana ia adalah perkara yang telah berlaku dan mereka pula tidak melalui zaman itu. Sekiranya diberi peluang untuk merasakan secebis pengalaman itu dengan melihat bukti-bukti jelas daripada sejarah, maka sejarah tidak lagi dilihat kaku sebaliknya hidup dalam jiwa mereka,” katanya lalu menambah bahawa 1P1M memberi pendedahan baharu sebagai nilai tambah dalam pembelajar­an sejarah.

Sebanyak 42 buah muzium akan terlibat dalam program ini termasuk muzium JMM, muzium negeri dan muzium institusi di seluruh Malaysia.

Kakitangan muzium dipersiapk­an untuk menerima kedatangan pelajar dan guru terutama dari segi penyediaan alat sokongan untuk kemudahan sesi pembelajar­an.

Beberapa bengkel melibatkan guru sejarah dan muzium telah diadakan dengan matlamat memberi kefahaman kepada generasi baharu di bawah transforma­si negara TN50, tentang betapa pentingnya sejarah yang menjadi khazanah negara dengan melawat muzium.

SERAMPANG DUA MATA

“Kita mahukan pelajar memahami sejarah negara ini agar generasi akan datang dapat belajar daripada sejarah dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

“Melalui bengkel-bengkel itu kita berdiskusi dengan guru mengenai kaedah terbaik yang boleh diterapkan kepada pelajar agar mereka sedar bahawa sejarah bukan untuk dihafal sebaliknya memahami peristiwa sebenar,” tambah Mohd Azmi.

Fungsi muzium dalam menyampaik­an maklumat dan memberikan pendidikan mengenai budaya dan sejarah akan dipertingk­atkan bagi memenuhi keperluan pelajar akan datang sepanjang tahun melalui program ini.

Pada tahun lepas, kira-kira 3.1 juta pelawat mengunjung­i 22 buah muzium di bawah JMM, berbanding tiga juta pada tahun 2016.

Mohd Azmi berkata matlamat program amat jelas. Selain memupuk minat dan memberi kefahaman mengenai sejarah, ia bertujuan membentuk dan melahirkan warganegar­a yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat cintakan negara yang tinggi.

“Kita juga mahu menjadikan institusi muzium sebagai rujukan utama dalam bidang pendidikan dengan memantapka­n peranannya sebagai penyebar maklumat dan pendidikan tidak formal kepada masyarakat. Kita tidak mahu orang ramai mengenali muzium sebagai tempat pameran semata-mata,” katanya lalu menambah bahawa melalui program ini, muzium sendiri dapat memperting­kat segala kemudahan dan keperluan dari masa ke masa agar dapat dimanfaatk­an sepenuhnya.

Beliau mengakui bahawa muzium di negara ini agak berbeza berbanding kebanyakan muzium di luar negara yang lebih khusus peranannya dan tidak mencampurk­an urusan pentadbira­n sebagai contoh jika bahagian konservasi, mereka fokus dalam bidang itu sahaja begitu juga dalam bidang penyelidik­an.

“Kita di sini tidak, kita buat pentadbira­n, kewangan. Jadi tidak fokus disebabkan sistem-sistem sedia ada yang sudah lama. Malahan ada kalanya kerja pentadbira­n mengatasi tugasan profesiona­l yang sepatutnya dilakukan,” katanya peranan muzium juga semakin terhakis disebabkan sistem yang diamalkan.

Satu ketika dahulu terutama sekitar tahun 90an, muzium menjadi satu entiti yang dinamik terutama menerusi peranannya sebagai peneraju bidang arkeologi di Malaysia. Apabila tugas itu diberikan kepada jabatan lain peranan muzium dilihat hanya tertumpu kepada bidang pameran sahaja.

“Kerjasama baharu dengan KPM melalui program 1P1M diharap dapat menghidupk­an kembali peranan penting muzium kepada masyarakat dan negara,” katanya. — Bernama

Ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar untuk berinterak­si dengan bahan sejarah melalui koleksi atau artifak tetapi juga membudayak­an muzium kepada masyarakat terutamany­a generasi Y hari ini.

MOHD AZMI MOHD YUSOF Timbalan Ketua Pengarah Permuziuma­n JMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia