Utusan Borneo (Sabah)

Rancang masa depan anda di Heriot-Watt

-

“SAYA percaya, dengan Ijazah Sarjana Muda (Kehormat) Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik, saya tidak terbatas kepada karier kejurutera­an sahaja. Kelenturan sukatan pelajaran dalam program ijazah saya membolehka­n saya untuk menceburi sebarang kerjaya yang ada kaitan dengan Fizik. Tambahan pula, nilai-nilai teras seperti kerja berpasukan yang ditekankan dalam tugasan kursus juga penting dan berguna jika saya mahu bekerja dalam syarikat korporat,” kata Julian Goh Hui Man, yang kini sedang melanjutka­n pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kehormat) Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik di Universiti HeriotWatt Malaysia.

Menurut Julian, pengajiann­ya telah membantuny­a membentuk hubungan yang tidak ternilai dengan industri berkaitan.

“Dari masa ke masa, Khidmat Nasihat Karier Universiti HeriotWatt Malaysia akan menghantar e-mel mengenai peluang latihan amali. Selain itu, pensyarah kami juga telah menjemput penceramah dari pelbagai industri untuk memberi ceramah dan memberi maklumat tentang peluang kerjaya selepas kami lulus nanti.

“Secara ringkasnya, program ijazah di Heriot-Watt bukan hanya jalan sehala yang membawa pelajar kepada karier yang ideal; lebih penting lagi, ia mendidik pelajar untuk menyesuaik­an diri dengan karier lain yang berkaitan pada masa depan,” jelasnya.

Ditubuhkan pada 1821, Heriot-Watt mula-mula dikenali sebagai institut terunggul untuk kejurutera­an. Diisytihar­kan oleh Panduan Universiti Baik The Times and Sunday Times 2018 sebagai Universiti Antarabang­sa Terbaik, universiti ini berada jauh di hadapan universiti lain. Program Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik di universiti ini merangkumi aspek-aspek teori dan amali, dan menyediaka­n peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman amali menerusi bengkel dan aktiviti yang dikendalik­an oleh pelajar sendiri.

Julian merupakan pengerusi penganjur baru-baru ini bagi Pertanding­an dan Bengkel Robotik Antara Universiti (BattleBot 2017) di Universiti Heriot-Watt Malaysia, yang menyaksika­n penyertaan 36 orang pelajar dari sembilan buah institut pendidikan dalam bengkel robotik.

Apabila ditanya sama ada beliau ada sebarang nasihat untuk pelajar berpotensi, beliau berkata: “Ia tidak penting sama ada anda ada ataupun tidak matlamat dan jalan yang jelas untuk diambil bagi melanjutka­n pengajian anda di sini – apa yang paling penting ialah berusaha sedaya upaya untuk mencuba dan mengalami sesuatu yang baharu. Pengalaman baharu mungkin mengejutka­n anda dan memberi anda pengetahua­n tentang karier yang anda mungkin mahu ceburi.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Ijazah Sarjana Muda (Kehormat) Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik, program asas dan mahasiswa lain di universiti ini, selain program lain atau biasiswa yang ditawarkan, kunjungila­h kampus Universiti Heriot-Watt di Putrajaya pada waktu konsultasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan jam 10 pagi hingga 4.00 petang pada Sabtu.

Selain itu, anda juga boleh layari www.hw.edu.my atau hubungi +603 8894 3888/e-mel hwum@ hw.ac.uk.

 ??  ?? GLOBAL: Institut Mekanik pertama di dunia, Universiti Heriot-Watt mempunyai lima buah kampus global yang terletak di UK, Dubai dan Putrajaya.
GLOBAL: Institut Mekanik pertama di dunia, Universiti Heriot-Watt mempunyai lima buah kampus global yang terletak di UK, Dubai dan Putrajaya.
 ??  ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Peserta Pertanding­an dan Bengkel Robotik Antara Universiti (BattleBot 2017) di pekarangan kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia.
MENDAPAT SAMBUTAN: Peserta Pertanding­an dan Bengkel Robotik Antara Universiti (BattleBot 2017) di pekarangan kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia