Utusan Borneo (Sabah)

Meghan Markle sertai senarai kerabat diraja dari Amerika

-

APABILA dia berkahwin dengan puteranya pada hujung minggu ini, Meghan Markle akan menyertai barisan warga Amerika terkenal yang telah menjadi kerabat diraja dalam kehidupan sebenar selama ini – tetapi tidak semua kisah cinta mereka mempunyai penamat ala kisah paripari.

Ikrar perkahwina­n yang akan dilafazkan oleh Markle dan Putera Harry dari Britain kepada satu sama lain di Windsor Castle pada 19 Mei akan mengubah aktres janda kelahiran Los Angeles itu menjadi bangsawan.

Selepas itu, dia ada ramai wanita untuk dijadikan contoh bagi perkara yang boleh dan tidak boleh sebagai kerabat diraja.

Markle boleh mengikuti jejak langkah Puteri Grace dari Monaco, kata John Lehman, sepupu kepada Grace Kelly yang merupakan seorang bintang Hollywood sebelum perkahwina­nnya pada 1956 kepada Putera Rainier

III menjadikan­nya Puteri Grace bagi prinsipali­ti kecil Mediterran­ean itu.

“Beliau mengharung­i beberapa tahun yang janggal untuk membuat rakyat di Monaco menerimany­a,” kata Lehman pada minggu lepas. Puteri Grace, yang gigih belajar untuk mengatasi halangan budaya di negara angkatnya, dengan cepat menguasai bahasa Perancis dan menawan hati kerabat diraja dan rakyat jelata.

“Ia tidak memakan masa terlalu lama sebelum beliau menjadi puteri ‘mereka’,” kata Lehman, seorang bekas setiausaha tentera laut Amerika Syarikat yang sering mengunjung­i Puteri Grace di istananya sebelum beliau meninggal dunia dalam nahas kereta pada 1982.

Lehman sekarang merupakan pengerusi Princess Grace Foundation­USA, yang menyokong artis-artis yang sedang meningkat naik.

Seorang wanita yang terdahulu daripad-anya dan kurang menarik mungkin janda dan sosialit dari Baltimore, Wallis Simpson, isteri Raja Edward VIII dari Britain.

Baginda turun takhta pada 1936 untuk mengahwini Simpson.

Dari mula lagi, golongan berkuasa di Britain tidak selesa dengannya kerana beliau terlalu lantang bersuara, kata Anne Sebba, penulis buku ‘That Woman: The Life of Wallis Simpson Duchess of Windsor’.

“Saya rasa masalah bagi Wallis sebenarnya ialah beliau kasar,” kata Sebba. “Beliau akan memasuki bilik dan berkata, ‘Hai, saya Wallis’. Beliau akan memakai banyak barangan kemas. Beliau akan bercakap mengenai wang.”

Ratu Noor dari Jordan, yang berkahwin dengan Raja Hussein dari 1978 sehingga kemangkata­n baginda pada 1999, juga berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Lee Radziwill, adik perempuan bekas wanita pertama AS Jacqueline Kennedy, merupakan seorang sosialit Amerika yang mengahwini Putera Stanislaw Albrecht Radziwill dari Poland pada 1959 sehingga mereka bercerai 15 tahun kemudian.

Kisah dongeng juga tidak tahan lama bagi aktres Amerika, Rita Hayworth, yang mengahwini Putera Aly Khan dari Pakistan pada 1949 tetapi berakhir dengan perceraian pada 1953. — Reuters

 ??  ?? PERKAHWINA­N DIRAJA: Gambar fail yang diambil pada 3 Jun 1937 ini menunjukka­n Edward, Duke of Windsor dan isterinya Wallis Simpson, semasa majlis perkahwina­n mereka di Chateau de Candé, Monts di Perancis. — Gambar AFP
PERKAHWINA­N DIRAJA: Gambar fail yang diambil pada 3 Jun 1937 ini menunjukka­n Edward, Duke of Windsor dan isterinya Wallis Simpson, semasa majlis perkahwina­n mereka di Chateau de Candé, Monts di Perancis. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia