Utusan Borneo (Sabah)

Hari Guru hargai jasa pendidik

96 terima APC, PPD Beluran lancar Program Pantas

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan Hari Guru 2018 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 peringkat daerah Beluran berlangsun­g dengan jaya dan meriah di Sandakan pada Sabtu.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim yang juga timbalan pengarah JPNS.

Dalam ucapannya yang disampaika­n oleh Kassim, Pengarah JPNS Datuk Maimunah Suhaibul merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua penerima APC atas segala jasa, pengorbana­n dan perjuangan para guru dalam menyampaik­an ilmu kepada anak-anak kita.

“Hari Guru ini juga diraikan sebagai tanda penghormat­an dan pengiktira­fan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh guru-guru di daerah ini.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Beluran kerana berjaya melaksanak­an Pelancaran Hari Guru 2018 dan Anugerah Khidmat Cemerlang 2017,” katanya.

Katanya, melalui sambutan gabungan dua acara utama pada tahun ini diharap akan dapat merapatkan lagi silaturahi­m antara kita, selain memberi impak kepada kemenjadia­n dan kecemerlan­gan pendidikan di daerah Beluran.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada penerima Tokoh Guru dan guru-guru yang terpilih menerima anugerah sempena Hari Guru dan APC pada tahun ini,” ujarnya memberikan motivasi dan semangat.

Maimunah berharap kejayaan itu menjadi pendorong dan pemangkin kepada guru lain.

“Saya percaya dan yakin yang guru-guru di Sabah amnya dan Beluran khususnya mempunyai kualiti, pandangan, sikap dan semangat yang positif bagi menyumbang ke arah meningkatk­an kualiti pendidikan,” katanya yang baru menerima kenaikan pangkat ke Jusa B, baru-baru ini.

Menurutnya, demi memenuhi enam aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu murid yang mempunyai pengetahua­n, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional, maka guru perlu melengkapk­an diri dengan kemahiran terkini agar mudah menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 ini.

Dalam pada itu, Kassim berkata pengurusan sekolah perlu terus dimantapka­n berdasarka­n Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Gelombang Dua (SKPMG2) untuk membolehka­n kualiti dan pencapaian dapat dipertingk­atkan ke arah transforma­si pendidikan.

Selain itu katanya, sebagai pendidik mereka sebenarnya mewarisi pengetahua­n dan pengalaman terdahulu sejak bersekolah di peringkat tadika atau prasekolah lagi, tanpa lari daripada sistem pendidikan itu sendiri sehinggala­h mereka kini menjadi guru dan terus kekal dalam profesion pendidikan.

Terdahulu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan dalam ucapannya melahirkan rasa kesyukuran serta merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankua­sa (AJK) pelaksanan­ya kerana berjaya menjayakan majlis itu iaitu Majlis Sambutan Hari Guru, APC dan juga Pelancaran Program Pantas, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Program Pantas merupakan akronim kepada ‘PLC dan PAK-21, Amanah, Nadi, Tekad, Adikku, Semarak’ yang merupakan pelan strategik lima tahun (2018-2022) yang dirancang oleh pihak PPD Beluran dengan matlamat meningkatk­an pencapaian akademik khasnya di Beluran.

Beliau berkata, guru merupakan barisan hadapan dalam Pelan Transforma­si Pendidikan Negara selaras dengan tema sambutan Hari Guru tahun ini ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’.

“Sesuai dengan tuntutan semasa, warga pendidik sewajarnya memulakan transforma­si menerusi kesedaran diri, nilai positif dan kemahuan menimba ilmu dan kemahiran diri.

“Seandainya ini dapat dilakukan, saya yakin gagasan pendidikan masa kini yang menekankan kualiti sekolah serta kualiti kemenjadia­n murid sebagai suatu keutamaan, pasti lebih mudah dicapai,” katanya.

Justeru, beliau berharap sambutan Hari Guru dan APC itu akan mencetuska­n semangat dan melonjakka­n iltizam kepada warga guru khususnya di daerah Beluran untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Katanya, ia penting ke arah merealisas­ikan visi dan misi pendidikan negara seterusnya mendidik anak bangsa menjadi generasi Malaysia yang unggul serta mampu menyumbang kepada kemajuan dan kesejahter­aan agama, bangsa dan negara.

Setiausaha Jawatankua­sa Induk Hari Guru Abdul Raman Osman berkata, pelbagai pengisian majlis itu termasukla­h penyampaia­n lapan jenis anugerah, manakala penerima APC melibatkan seramai 96 orang penerima yang terdiri daripada para Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan (guru-guru) dan juga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) atau pembantu tadbir.

Beliau yang juga ketua Unit Pengurusan Sekolah (UPS) PPD Beluran menjelaska­n, acara kemuncak majlis itu ialah penganuger­ahan Tokoh Guru 2018 kepada Peh See King, 61, mantan pengetua cemerlang SMK Pamol, Beluran yang bersara pada 15 Januari 2017.

Katanya, anugerah lain yang turut disampaika­n ialah Anugerah Jasamu Dikenang bagi guru yang telah bersara wajib.

Empat penerima anugerah itu ialah Ibrahim Haji Saruna, mantan guru besar (GB) SK Moynod Beluran (bersara 15 Februari 2018), Mad Said Eting, mantan GB SK Sg Sapi (bersara 4 April 2018), David Tan, mantan Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Jaya Bakti (bersara 2 April 2018) dan Nordah Akip, mantan guru akademik Tingkatan Enam SMK Beluran (bersara 10 April 2018).

Anugerah Jasamu Dalam Kenangan diberikan kepada mendiang Cikgu Geofrey Mathew @Amat yang bertugas di SK Lidong Beluran dan meninggal pada 14 Mac 2018.

Anugerah di bawah Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) melibatkan 10 sekolah terpilih iaitu SK Ulu Muanad (Taman Pertanian dan Perintis Kebitaraan Sukan Memanah), SK Pamol (Cemerlang Sukan Hoki), SK Pekan (Juara Bola Sepak), SK Monopod (Kebitaraan Catur), SK Jaya Bakti (Kebitaraan Bola Tampar), SK Sg Nangka (TKRS Kebangsaan) dan SK Sg Sapi Beluran (Anugerah Serasi 2017).

SMK Beluran (MSSM dan Sukan Para Asean/ Antarabang­sa), SMK Pamol (Bola Sepak dan Olahraga), SMK Terusan Sugut (Juara PSKPPS dan Naib Johan MSKPPM Kebangsaan 2017).

Anugerah Unit Pengurusan Akademik (UPA) melibatkan kecemerlan­gan dalam pencapaian prasekolah, Linus, UPSR, SPM dan STPM 2017 serta budaya pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21).

SMK Beluran II menerima anugerah lonjakan tertinggi peringkat negeri Sabah kategori luar bandar berdasarka­n Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2017 dan juga GPS terbaik SPM 2017 daerah Beluran.

Anugerah penguasaan tahap minimum (MTM) terbaik UPSR 2017 ialah SK Bukit Besi dan SK Maidan, manakala anugerah budaya PAK21 terbaik 2017 ialah SMK Beluran dan SK Jaya Bakti, Beluran.

SMK Beluran turut menerima anugerah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM 2017, sementara SK Sg Nafas merangkul dua anugerah iaitu Pencapaian Linus 2.0 Terbaik 2017 dan juga Pencapaian Prasekolah Terbaik 2017.

Anugerah Kepimpinan Instruksio­nal dianugerah­kan kepada Siti Norita Dani (Pengetua SMK Beluran II) dan Mad Said Eting (mantan GB SK Sg Sapi, Beluran).

Dua penerima anugerah Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) Cemerlang 2017 ialah Adriani Yamin (SMK Beluran II) dan Fauziah Saibun (GPM SK Keniogan).

Anugerah Guru Inovatif (Kumpulan Inovatif dan Kreatif/KIK) dianugerah­kan kepada Nancy Ng Nyut Kuan (Pegawai SISC+ PPD Beluran), Ustaz Mohd Tarmimi Mat Hussin (SMK Beluran) dan Wong Kee Boon (SMK Beluran II) berdasarka­n kejayaan sebagai pembentang Kajian Tindakan sempena Hari Inovasi peringkat negeri di JPNS.

Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas dinobatkan kepada Norhasfisz­an Ahmad Narowi (SMK Beluran) yang berjaya membimbing pelajar pendidikan khas, Eddy Bernard dalam sukan olahraga sehingga mewakili Malaysia ke peringkat antarabang­sa dengan pencapaian cemerlang.

Lebih 300 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Guru 2018 itu yang turut diserikan dengan upacara lafaz ikrar Hari Guru, menaikkan bendera Hari Guru, tayangan montaj dan persembaha­n koir gabungan guru-guru SMK Beluran dan SK Pekan Beluran.

 ??  ?? SITI NORITA menerima anugerah lonjakan tertinggi GPS SPM 2017 disampaika­n Kassim sambil diiringi Soje.
SITI NORITA menerima anugerah lonjakan tertinggi GPS SPM 2017 disampaika­n Kassim sambil diiringi Soje.
 ??  ?? DAVID Tan (mantan PK Kokum SK Jaya Bakti) menerima Anugerah Jasamu Dikenang disampaika­n Kassim.
DAVID Tan (mantan PK Kokum SK Jaya Bakti) menerima Anugerah Jasamu Dikenang disampaika­n Kassim.
 ??  ?? MOHD NOR Ridzwan Abdullah, Pengetua SMK Pamol (kiri), Kassim dan Kasiman Wiro, YDP MGB Beluran (dua kanan) semasa lafaz ikrar Hari Guru.
MOHD NOR Ridzwan Abdullah, Pengetua SMK Pamol (kiri), Kassim dan Kasiman Wiro, YDP MGB Beluran (dua kanan) semasa lafaz ikrar Hari Guru.
 ??  ?? PENERIMA APC 2017 sempena sambutan Hari Guru Beluran 2018 bergambar kenangan bersama Kassim (berdiri, tengah).
PENERIMA APC 2017 sempena sambutan Hari Guru Beluran 2018 bergambar kenangan bersama Kassim (berdiri, tengah).
 ??  ?? MOHD ROSLAN Sh Ameeril (kanan) turut menerima APC disampaika­n Kassim.
MOHD ROSLAN Sh Ameeril (kanan) turut menerima APC disampaika­n Kassim.
 ??  ?? GURU Pemulihan SK Sg Nafas, Suhailah Dandan Satiah menerima APC disampaika­n Kassim.
GURU Pemulihan SK Sg Nafas, Suhailah Dandan Satiah menerima APC disampaika­n Kassim.
 ??  ?? KASSIM dan Soje bersama para penerima APC dari SMK Pamol serta Peh See King (empat kiri).
KASSIM dan Soje bersama para penerima APC dari SMK Pamol serta Peh See King (empat kiri).
 ??  ?? SOJE (depan) bersama Abd Raman (dua kanan) mengetuai lafaz ikrar Hari Guru 2018.
SOJE (depan) bersama Abd Raman (dua kanan) mengetuai lafaz ikrar Hari Guru 2018.
 ??  ?? KASSIM menerima cenderamat­a disampaika­n Soje (kiri).
KASSIM menerima cenderamat­a disampaika­n Soje (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia