Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas dijangka dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil dengan kecenderun­gan untuk meningkat pada minggu ini susulan minat pedagang terhadap aset selamat itu selain faktor perkembang­an pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 dan perjanjian nuklear Iran, kata peniaga.

Penganalis­is FXTM Research, Lukman Otunuga bagaimanap­un berkata prospek kemungkina­n peningkata­n ketegangan geopolitik di Asia Barat susulan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear itu menjadi faktor pedagang mengelak risiko.

“Ini akan menyaksika­n mereka beralih kepada aset selamat seperti emas dan yen Jepun,” katanya.

Sementara itu, Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao memberitah­u Bernama, emas di Bursa Malaysia kekal tidak berubah pada Selasa lepas sebelum berlangsun­gnya PRU14 dan perkembang­an membabitka­n perjanjian nuklear itu.

Malah, kelemahan ringgit turut menjadikan emas di Bursa Malaysia dilihat lebih menarik di mata para pelabur asing.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes kelemahan dolar AS dan peningkata­n risiko geopolitik hanya mendorong kenaikan emas.

“Rantau Asia Barat dijangka menyaksika­n pergolakan seperti di Iran atau krisis terbaharu Israel-Syria,” katanya.

Menurutnya, indeks harga pengguna Amerika Syarikat yang membayangk­an Lembaga Pengarah Rizab Persekutua­n negara itu (Fed) akan mengekalka­n kadar faedah secara berperingk­at, turut memberi sokongan terhadap prestasi emas semalaman.

Selain itu, pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia turut ditutup pada Rabu sempena PRU14 dan cuti umum tambahan dua hari berikutnya bersempena kemenangan Pakatan Harapan.

Bagi asas Jumaat ke Selasa, kontrak Mei 2018, Jun 2018, Julai 2018 dan Ogos 2018 masing-masing naik 12 mata kepada RM167.0, RM167.1, RM167.5 dan RM167.6 segram.

Jumlah dagangan susut kepada tujuh lot bernilai RM116,910 berbanding 11 lot bernilai RM348,765 berbanding minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 49 kontrak daripada 45 kontrak pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia