Utusan Borneo (Sabah)

MSM diniaga berhati-hati antara RM2,320-RM2,350

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan berhatihat­i minggu depan antara RM2,320 dan RM2,350 satu tan minggu ini, kata peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata kebanyakan peniaga mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ susulan minggu dagangan yang pendek dan mereka merangka langkah yang seterusnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kami percaya akan terdapat banyak langkah berhatihat­i minggu depan berikutan peniaga ingin tahu siapa yang akan mengambil alih portfolio Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Khamis mengumumka­n eksport minyak sawit bagi April merosot 1.6 peratus bulan ke bulan kepada 1.54 juta tan, manakala pengeluara­n susut satu peratus kepada 1.56 juta tan dan jumlah stok minyak sawit turun 6.4 peratus kepada 2.17 juta tan berbanding pada Mac.

Bagi asas Jumaat kepada Selasa, Mei 2018 meningkat RM40 kepada RM2,359 satu tan, Jun 2018 naik RM40 kepada RM2,380 satu tan, Julai 2018 menambah RM41 kepada RM2,381 satu tan dan Ogos 2018 menokok RM39 kepada RM2,381 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan bagi minggu dagangan yang pendek ini merosot kepada 88,736 lot daripada 150,945 lot minggu lepas dan kepentinga­n terbuka meningkat kepada 285,549 kontrak daripada 268,596 kontrak.

Di pasaran fizikal, Mei Selatan tidak berubah pada RM2,350 satu tan.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena Pilihan Raya Umum Ke-14, serta Khamis dan Jumaat yang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pasaran akan menyambung semula operasi pada Isnin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia