Utusan Borneo (Sabah)

Serangan bom sasar gereja di Indonesia

Gelombang letupan korbankan enam orang dan cederakan puluhan lagi

-

SURABAYA: Satu gelombang letupan termasuk pengeboman nekad berlaku di luar beberapa gereja di Indonesia semalam, mengorbank­an sekurang kurangnya enam orang dan mencederak­an puluhan yang lain, menurut polis, serangan terbaharu terhadap minoriti agama di negara majoriti Islam terbesar di dunia.

Tiga lokasi berasingan di bandar Surabaya digegar pengeboman kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan, menyebabka­n sekurang kurangnya 35 tercedera.

Tiada sesiapa telah mengaku bertanggun­gjawab.

Imej dari salah satu tempat kejadian menunjukka­n satu mayat tergeletak di luar pagar gereja Katolik Santa Maria dan beberapa anggota skuad bom Indonesia menggeleda­h puing runtuhan.

“Enam maut dan 35 mangsa yang cedera kini berada di hospital,” menurut jurucakap Polis Jawa Timur East Frans Barung Mangera, sambil menambah bahawa dua pegawai polis antara mangsa yang tercedera.

Sekurang-kurangnya salah seorang penyerang terbunuh ketika mereka meletupkan bom di Santa Maria, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada penyerang lain terbunuh atau tercedera.

Serangan muncul beberapa hari selepas lima anggota polis Indonesia dan seorang banduan terbunuh dalam pertempura­n di penjara kawalan ketat di pinggir Jakarta.

Kumpulan Islamic State (IS) telah mengaku bertanggun­gjawab atas insiden tersebut walaupun pihak polis menolak penglibata­nnya.

Pihak polis menembak dan mencederak­an seorang lelaki yang menyerang sebuah kongregasi gereja di pekan Sleman dengan sebilah pedang semasa sembahyang Misa Ahad pada Februari.

Islamis radikal terbabit, yang ingin berjuang dengan IS di Syria, mencederak­an empat orang.

Indonesia yang akan mula menyambut bulan puasa Ramadan minggu ini, berada pada amaran awal selepas rangkaian rancangan barubaru ini serta serangan militan berinspira­sikan IS.

Negara kepulauan yang mempunyai kira-kira 17,000 pulau itu telah lama berdepan keganasan pelampau dan siri serangan sejak 15 tahun lepas, termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbank­an 202 orang kebanyakan­nya pelancong asing, dalam serangan keganasan terburuk di negara itu.

Satu serangan kemudian melemahkan rangkaian paling berbahaya namun kehadiran IS membuktika­n kemunculan baharu radikal.

Beratus-ratus rakyat Indonesia berkumpul untuk berjuang dengan IS.

Satu serangan senjata dan nekad di ibu negara Jakarta menyebabka­n empat penyerang dan empat orang awam maut pada Januari 2016, serangan pertama diakui IS di Asia Tenggara.

Serangan di sebuah daerah pusat beli-belah, kedutaan dan pejabat Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu menyebabka­n kira-kira 20 lagi tercedera.

Insiden sebelum itu termasuk pengeboman nekad kereta 2004 yang mengorbank­an 10 orang di luar kedutaan Australia di Jakarta, letupan bom berkembar yang membunuh 22 orang di sebuah pasar di pekan tentera di Sulawesi Tengah, dan satu pengeboman nekad pada 2005 yang menyebabka­n 20 terbunuh di Bali.

Tujuh terkorban, enam daripadany­a rakyat asing, dan lebih 40 tercedera ketika pengebom nekad menyasarka­n hotel mewah RitzCarlto­n dan JW Marriott di Jakarta pada Julai 2009.

 ??  ?? ANGGOTA skuad bom Indonesia memeriksa tempat kejadian susulan serangan bom nekad di luar sebuah gereja di Surabaya, Jawa Timur semalam.
ANGGOTA skuad bom Indonesia memeriksa tempat kejadian susulan serangan bom nekad di luar sebuah gereja di Surabaya, Jawa Timur semalam.
 ??  ?? ASAP berkepul dari tempat kejadian di sebuah gereja di Surabaya, Jawa Timur semalam dalam imej pegun daripada video media sosial.
ASAP berkepul dari tempat kejadian di sebuah gereja di Surabaya, Jawa Timur semalam dalam imej pegun daripada video media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia