Utusan Borneo (Sabah)

Diancam Duterte, datuk bandar nyaris maut

-

MANILA: Seorang datuk bandar yang dituduh terlibat dalam pengedaran narkotik terselamat dalam satu serangan hendap semalam, menurut polis, empat bulan selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte membuat kenyataan secara umum mengancam untuk membunuhny­a.

Pesara ketua polis superinten­den Vicente Loot yang kini menjadi datuk bandar wilayah tengah Cebu, kerapkali disebut Duterte sebagai antara ‘jeneral narkotik’ yang melindungi dagangan dadah haram.

Loot semalam menaiki bot yang tiba bersama keluargany­a di sebuah pelabuhan di bandar Daanbantay­an di Cebu apabila sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabka­n empat cedera, kata polis.

Loot sendiri bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami sedang melakukan siasatan terperinci termasuk namanya yang disebut dalam senarai narko, politik atau kerjanya sebelum ini dalam pasukan polis,” kata pemangku ketua polis perbandara­n Inspektor Kanan Irish Dilem.

Loot memberitah­u radio DZMM bahawa beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat insiden tersebut, tetapi enggan membuat spekulasi mengani motif serangan dan menolak kaitan dengan dadah.

Duterte telah membidas Loot ketika beliau mempersoal sumber kekayaan datuk bandar terbabit.

Pada Disember tahun lepas, beliau mengimbau semula perbualann­ya dengan Loot.

“Bukankah saya pernah memberitah­u kamu semasa bermesyuar­at dengan datuk-datuk bandar, saya memberitah­u Loot, ‘Kamu anak haram. Jeneral Loot, kamu seorang jeneral. Saya akan bunuh kamu’.

“Ini kerana (Loot) menggunaka­n kerajaan atas salah lakunya,” kata Duterte semasa taklimat bencana.

Jurucakap Duterte enggan mengulas mengenai serangan ke atas Loot semalam.

Serangan berlaku menjelang pilihan raya tempatan hari ini dan dua minggu selepas pihak berkuasa mendedahka­n senarai lebih 200 pegawai kerajaan yang didakwa ada kaitan dengan dadah.

Duterte pertama kali menamakan Loot pada 2016 sebagai sebahagian daripada ‘senarai dadah’ pegawai tempatan, anggota polis dan hakim yang dipercayai terlibat dalam pengedaran narkotik. Tiga datuk bandar dalam senarai itu telah ditembak mati manakala seorang lagi meringkuk di penjara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia