Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disyaki bunuh anak, cucu dan isteri sebelum bunuh diri

-

PERTH: Ayah kepada empat kanak-kanak yang terbunuh dalam pembunuhan keluarga beramai-ramai dan kes bunuh diri yang menggegark­an Australia menyatakan semalam bapa mentuanya harus dipersalah­kan atas apa yang didakwanya sebagai satu kejadian tembakan yang dirancangk­an.

Anak-anakAaronC­ockman, tiga budak lelaki dan seorang perempuan berusia lapan hingga 13 tahun, antara tujuh mangsa yang ditemui mati oleh pihak polis di sebuah rumah di pedalaman pekan kecil Osmington berhampira­n wilayah pembuatan wain Margaret River di Australia Barat.

Mayat ibu mereka Katrina Miles, 35, dan nenek serta datuk mereka Peter dan Cynda Miles turut ditemui di dalam rumah.

Cockman, ketika ditemui wartawan di Margaret River, mengakui telah berpisah dengan Katrina, menyatakan beliau tidak percaya Peter telah melakukann­ya.

“Saya fikir dia telah memikirkan perkara ini sepenuhnya.

“Saya fikir dia telah lama memikirkan tentang perkara ini secara teliti,” tambah Cockman dalam komen umum pertamanya sejak kejadian tembakan.

Pihak polis masih belum mengesahka­n anggota keluarga yang mana adalah penembak namun menyatakan mereka tidak mencari manamana suspek.

Tiga pucuk senjata api yang dilesenkan kepada Peter ditemui pihak penyiasat.

Cockman menyatakan bahawa selepas berasa sangat marahsemas­akesperund­angan bagi hak penjagaan anakanakny­a, perasaan tersebut telah hilang.

“Saya tidak berasa marah. Saya berasa sangat sedih untuk anak-anak saya.

“Kemarahan akan memusnahka­n kamu. Saya berasa sangat sedih namun saya akan mampu melalui ini,” katanya.

Pihak penyiasat tidak mendedahka­n motif di sebalik kejadian tembakan, dengan Cockman hanya menyatakan sebelum ini beliau mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa Katrina.

“Dia (Peter) seperti sahabat baik saya dan saya masih menyukainy­a, namun tahap mentalnya, terdapat segelintir orang yang kamu tidak boleh silap langkah terhadapny­a, dan itulah Peter dan Cynda,” tambah Cockman.

Kejadian tembakan beramai-ramai jarang berlaku di Australia, yang mempunyai undang-undang senjata yang ketat diperkenal­kan selepas 35 terbunuh pada 1996 di Port Arthur di Tasmania.

Kematian Osmington merupakank­ejadiantem­bakan beramai-ramai terburuk sejak itu.

Perdana Menteri negeri Australia Barat Mark McGowan, yang berkunjung ke Margaret River semalam, menyatakan beliau tidak memikirkan undang-undang senjata akan diperketat­kan lagi namun beliau akan menunggu cadangan daripada siasatan penuh kejadian tembakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia