Utusan Borneo (Sabah)

Terlibat bantahan, 10 ditahan di metro Kaherah

-

KAHERAH: Pihak polis Mesir menahan 10 orang kelmarin yang mengadakan bantahan jarang berlaku di ibu negara Kaherah terhadap harga metro yang meningkat, menurut pegawai keselamata­n.

Insiden berlaku selepas pihak berkuasa mengumumka­n lewat Khamis lepas bahawa harga tiket metro akan dinaikkan keesokan harinya.

Seorang pegawai keselamata­n menyatakan mereka yang ditangkap berdepan dakwaan memasuki metro tanpa melakukan pembayaran, menghalang kereta api daripada bergerak dan mengadakan perhimpuna­n haram.

Beberapa video yang dimuat naik dalam talian kelmarin menunjukka­n beberapa pengguna komuter menghadang pintu kereta api daripada ditutup untuk mengelakka­nnya bergerak, ketika mereka mengadu tentang harga yang naik, dan dalam kejadian lain beberapa orang kelihatan telah ditangkap.

Kesahihan video itu tidak dapat disahkan dengan segera.

Kenaikan harga pada Jumaat lepas melihat tiket metro berharga dua pound digantikan dengan tiga keping tiket meliputi harga tiga hingga tujuh pound bergantung kepada jarak perjalanan.

Mereka yang ditangkap dijangka hadir di depan pendakwa raya pada petang Sabtu, menurut pihak berkuasa.

Protes jarang berlaku di Mesir sejak pihak berkuasa pada November 2013 mengemukak­an undang-undang yang mengharamk­an perhimpuna­n awam yang tidak dibenarkan oleh kementeria­n dalam negeri.

Rakyat Mesir teruk terjejas langkah-langkah kesederhan­aan yang diperkenal­kan sebagai sebahagian rombakan ekonomi yang dilaksanak­an di bawah perjanjian pinjaman AS$12 bilion dengan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Pihak berkuasa melaksanak­an cukai tambahan nilai, mengurangk­an subsidi minyak dan menaikkan nilai elektrik, serta mengapungk­an matawang yang menyebabka­n nilainya jatuh menjunam.

Langkah-langkah ini meningkatk­an kadar inflasi tahunan hingga satu kemuncak sebanyak 30 peratus pada Julai, sebelum keadaan mulai reda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia