Utusan Borneo (Sabah)

Tidak ketepi mana-mana parti

Pelantikan tiga menteri kanan Kabinet Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaska­n pelantikan tiga menteri kanan Kabinet pada Sabtu dibuat tanpa mengetepik­an manamana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang membincang­kan dasardasar Pakatan Harapan (PH), ia juga dilakukan melalui Jawatankua­sa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen PH serta dipengerus­ikan beliau sendiri.

Beliau berkata ini kerana Majlis Kepimpinan Tertinggi sukar untuk membuat perjumpaan dengan kerap atau segera dalam memutuskan sesuatu perkara.

“Inilah cara yang kita lakukan apabila menubuhkan satu badan ataupun dalam saya menamakan menteri-menteri asas.

“Semua lima orang tahu apa yang diputuskan dan menjadi tanggungja­wab mereka jika mereka perlu laporkan kepada ahli (parti) masing-masing, jika tidak, kita akan sahkan keputusan keputusan ini dalam Majlis Presiden. Majlis Presiden dianggap sebagai Majlis yang tertinggi,” katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi parti PPBM, Amanah dan DAP sebagai menteri kanan kabinet dibuat tanpa rundingan dengan PKR.

Dr Mahathir pada Sabtu menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Dalampadai­tu, Dr Mahathir berkata untuk membolehka­n keputusan dibuat, pihaknya berpegang kepada prinsip ‘majoriti yang memerintah’ kerana tidak selalunya akan beroleh konsensus.

“Jadi dengan ada majoriti yang memerintah, maka kita dapat buat keputusan dengan lebih kemas dan lebih cekap dan lebih cepat. Itulah susunan Pakatan Harapan sehingga kini,” katanya.

Katanya, kerajaan sekarang memerlukan sebuah kabinet dibentuk secepat mungkin.

“Untuk menubuh kabinet penuh akan mengambil masa kerana masing-masing parti perlu merujuk kepada parti masing-masing untuk memberi nama dan supaya ditentukan jawatan yang akan dipegang,” tambahnya. Bernama

“Selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang membincang­kan dasar-dasar Pakatan Harapan (PH), ia juga dilakukan melalui Jawatankua­sa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen PH serta dipengerus­ikan beliau sendiri. ” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia