Utusan Borneo (Sabah)

PKR beri sokongan padu kepada kepimpinan Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui kerajaan baharu Persekutua­n.

Anwar berkata beliau menyampaik­an perkara itu kepada Dr Mahathir semasa Perdana Menteri melawatnya di wad Hospital Rehabilita­si Cheras petang Sabtu.

“Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook PKR pada Ahad.

Anwar berkata beliau juga menyampaik­an pandangann­ya kepada kepimpinan PKR untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, adalah mantap dan kukuh serta dapat menyempurn­akan tanggungja­wab dengan cemerlang.

“Saya menggesa rakanrakan seperjuang­an yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalanka­n tugas-tugas menyelamat­kan dan membina semula negara kita,” kata Anwar.

Pada Sabtu, Dr Mahathir menamakan tiga anggota kabinet beliau iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Ia susulan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas yang membolehka­nnya membentuk kerajaan Persekutua­n. - Bernama

 ??  ?? MAJLIS KESYUKURAN...Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) disambut mesra oleh orang ramai ketika hadir pada majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Rakyat Peringkat Parlimen Gombak, pada Ahad. -Gambar Bernama
MAJLIS KESYUKURAN...Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) disambut mesra oleh orang ramai ketika hadir pada majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Rakyat Peringkat Parlimen Gombak, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia