Utusan Borneo (Sabah)

900 sertai Kejohanan Taekwondo Piala MBV-Politeknik Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Seramai 900 peserta seluruh negeri Sabah beradu tenaga di Kejohanan 1st MBVPolytec­hnic Kota Kinabalu Cup Taekwondo Invitation­al Championsh­ip 2018 yang sedang berlangsun­g di kampus Politeknik Kota Kinabalu mulai 11-13 Mei 2018.

Kejohanan julungkali diadakan ini adalah anjuran bersama Politeknik Kota Kinabalu dan Kelab Taekwondo Master Barry Voon Sabah (MBVTC), dimana beberapa kategori dipertandi­ngkan di bawah dua disiplin utama iaitu Poomsae dengan enam katergori dan Kyorugi sebanyak lima kategori masing-masing mengikut kategori umur yang telah ditetapkan.

Untuk disiplin Poomsae kategori yang dipertandi­ngkan adalah kategori Novice (6-8 tahun), Super Cadet (9-11 tahun), Cadet (12-14 tahun), Junior (15-17 tahun), Senior 1 (18-30 tahun) dan Senior 2 (31 tahun ke atas). Manakala bagi Kyorugi, kategori pertanding­an adalah sama kecuali kategori kelima adalah kategori Open untuk 18 tahun ke atas.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab binti Othman berkata, program ini adalah landasan terbaik bagi mencungkil serta memupuk bakat dan potensi diri para peserta dalam sukan taekwondo khususnya di negeri Sabah ini.

“Kejohanan ini adalah platform terbaik bagi mendedahka­n sukan ini kepada masyarakat Sabah khususnya kanak-kanak seawal 6 tahun, disamping dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai potensi dan harapan untuk diketengah­kan bagi mewakili negeri Sabah ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” kata Zainab.

Melalui kejohanan ini juga dapat membantu Politeknik Kota Kinabalu untuk melaksanak­an pencarian bakat (talent scouting) untuk mendapatka­n atlet-atlet berbakat dan seterusnya dapat diserap untuk melanjutka­n pengajian tinggi di Politeknik Kota Kinabalu, tambahnya lagi.

Menurut Zainab lagi, Politeknik Kota Kinabalu amat berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin dengan Kelab MBV dan kejohanan ini merupakan langkah pertama bagi pelbagai usahasama di antara kedua-dua institusi tersebut pada masa akan datang.

Kejohanan tiga hari ini bermula pada 11 hingga 13 Mei 2018 mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang, dan Majlis Perasmian disempurna­kan pada 12 Mei 2018 oleh Setiausaha Agong Majlis Olimpik Malaysia merangkap Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia, Dato’ Mohd. Nazifuddin bin Dato’ Seri Najib.

 ??  ?? PARA peserta yang menyertai kejohanan itu merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PARA peserta yang menyertai kejohanan itu merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia